CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2705|Reply: 0

[Sarawak] STEM Trailblazers Sarawak 2024 dijangka tarik lebih 5,000 pelajar dan guru

[Copy link]
Post time 11-6-2024 10:51 PM | Show all posts |Read mode


(Depan dari tiga kanan) Harden, Sagah, Khairuddin dan yang lain semasa sesi bergambar selepas sidang media di UTS, hari ini.

SIBU: Acara STEM Trailblazers Sarawak 2024 dijangka menarik lebih daripada 5,000 pelajar dan guru dari seluruh negeri pada 12 dan 13 Julai ini.

Ia akan diadakan serentak di tiga institusi pendidikan utama di negeri ini iaitu Universiti Teknologi Sarawak (UTS) di Sibu, Curtin University Malaysia di Miri dan Swinburne University of Technology Kampus Sarawak di Kuching.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, program ini dianjurkan oleh kementeriannya dan ketiga-tiga universiti tersebut dipilih sebagai pelaksana di lokasi masing-masing.

"Kami menjangkakan lebih 5,000 pelajar dan guru dari seluruh negeri menyertai bengkel, pertandingan, pameran interaktif, demonstrasi dan pertunjukan sains yang menarik.

“Bilangan itu dapat dicapai kerana kami telah mewujudkan minat di kalangan masyarakat terhadap STEM," kata Sagah pada sidang media di UTS, di sini hari ini.

Beliau turut menambah bahawa setiap lokasi akan menawarkan gabungan unik aktiviti yang direka untuk memberi inspirasi, mendidik dan mencabar minda muda.

Di UTS, acara utama termasuk Pertandingan Robomaster DJI yang mencabar pelajar sekolah menengah untuk mereka bentuk, membina dan memprogramkan robot serta Pertandingan Mini Dron untuk murid sekolah rendah.

Curtin Malaysia di Miri akan menganjurkan Pertandingan Curtin EcoTech Marvel Innovator, mempamerkan projek STEM inovatif dan mampan dengan tema ‘Penyelesaian Pintar dan Mampan Untuk Masa Depan Sarawak’.

Selain itu, tujuh bengkel praktikal akan ditawarkan meliputi bidang seperti pemuliharaan air dan tenaga diperbaharui.

Di Swinburne Sarawak di Kuching, acara ini akan menampilkan pameran dan demonstrasi interaktif termasuk pertandingan pesawat kertas Aeroar Dynamics dan pameran cincin pusaran Tornado Tap.

Sagah menekankan bahawa program ini adalah lebih daripada sekadar pertandingan, sebaliknya ia merupakan platform untuk menyemarakkan semangat seumur hidup terhadap STEM dalam kalangan generasi muda Sarawak.

"Saya yakin acara ini akan memperkasakan generasi penginovasi dan penyelesai masalah yang akan membentuk masa depan Sarawak," tambahnya.

Turut hadir pada sidang media tersebut ialah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Francis Harden Hollis, Setiausaha Bahagian Inovasi Kementerian Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Dr Cheong Yaw Liang, Naib Canselor UTS Profesor Datuk Dr Khairuddin Abdul Hamid dan Timbalan Pro Naib Canselor Curtin University Malaysia Profesor Dr Vincent Lee.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 06:12 AM GMT+8 , Processed in 0.049733 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list