CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2692|Reply: 0

[Sarawak] Remaja perempuan hilang di hutan ditemui mati

[Copy link]
Post time 11-6-2024 10:49 PM | Show all posts |Read mode


MIRI: Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada Sabtu lalu di hutan Kampung Loagan Kelilang, Trusan di Lawas sebelum ini dijumpai mati oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.

Mayat mangsa, Stevelyne Sari Simon, 18, dijumpai sekitar jam 1.17 tengah hari di kawasan pencarian Sektor A berhampiran sebuah kebun durian di kampung berkenaan.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan berhubung kehilangan mangsa pada jam 2.30 petang, 8 Jun lalu.

Berikutan itu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Lawas telah digerakkan ke lokasi di Kampung Loagan Kelilang, Trusan, Jalan Murud Suang, Lawas yang terletak pada jarak 30 kilometer dari balai untuk melakukan operasi SAR.

Operasi pada hari pertama dan kedua tidak membuahkan hasil dan mangsa hanya ditemui pada operasi hari ketiga hari ini.

Berikutan penemuan itu, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-6-2024 06:11 AM GMT+8 , Processed in 0.051252 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list