CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2219|Reply: 0

[Kedah] Pesawah sambut baik kenaikan insentif, tapi belum cukup tanggung kos

[Copy link]
Post time 11-6-2024 07:58 PM | Show all posts |Read mode
Pesawah sambut baik kenaikan insentif, tapi belum cukup tanggung kos



Oleh ROSHILA MURNI ROSLI

11 Jun 2024 06:58pm




Laporan Sinar Harian (kiri) dan Abdul Rashid




ALOR SETAR - Kenaikan kadar insentif pembajakan dan insentif penuaian yang diperkenalkan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada 27 Mei lalu masih tidak mencukupi bagi menanggung kos-kos berkaitan dalam industri penanaman padi.

Exco Persaudaraan Pesawah Malaysia (PeSAWAH) Abdul Rashid Yob berkata, dalam keadaan harga diesel yang tinggi ketika ini, banyak kos akan dinaikkan termasuk yang melibatkan alat ganti jentera.



Menurutnya, kenaikan harga barangan alat ganti dan lain-lain kos dijangka akan naik sehingga 70 peratus.

"Kami sambut baik tapi kadar itu sangat rendah dan julat perbezaan nanti akan ketara sebab kita tengok dari sudut kenaikan harga diesel sekarang ini pada RM3.35 berbanding harga lama RM2.15.
"Jadi harga baharu ini akan mendorong kepada kenaikan kos-kos yang tak dapat dielakkan pesawah," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.

Jelasnya, sebagai contoh bagi aktiviti pembajakan, kerajaan menaikkan kadar kepada RM160 daripada RM100 per hektar.

"Kita ada tiga kali putaran badai sebelum menabur, jadi putaran pertama kita ada RM100, dengan kadar baru ni, dalam keadaan diesel naik, kita kena ambil kira harga alat ganti dan juga minyak.

"Kalau satu hektar tiga kali putar, pesawah perlu tanggung sekurang-kurangnya RM600," katanya.




Menurutnya, syarat-syarat inisiatif Program Bantuan Subsidi Madani (BUDI MADANI) juga membebankan pesawah dan besar kemungkinan banyak pesawah tidak dapat menikmati manfaat terbabit.

"Ini kerana kita tengok ada syarat-syarat seperti pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), perlu isytihar pendapatan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pendapatan komoditi antara RM50,000 hingga RM300,000, semua ini akan menyukarkan golongan pesawah," katanya.

Pada Selasa, melalui kedua-dua insentif yang diperkenalkan oleh kerajaan, pesawah akan menerima bantuan tunai berjumlah RM210 per hektar per musim.

KPKM telah mengambil langkah menambah baik kadar sedia ada bagi insentif pembajakan iaitu daripada RM100 per hektar per musim kepada RM160 per hektar per musim, selain memperkenalkan insentif baru iaitu insentif penuaian pada kadar RM50 per hektar per musim.




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.662628 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list