CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3082|Reply: 0

[Kedah] Perkampungan Tok Senik Langkawi dalam proses lelongan, alami kerugian besar RM250 juta

[Copy link]
Post time 11-6-2024 07:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 11-6-2024 07:19 PM

Perkampungan Tok Senik Langkawi dalam proses lelongan, alami kerugian besar RM250 juta



Oleh Mohd Nasaruddin Parzi - Jun 11, 2024 @ 4:32pm[email protected]




PAC mengemukakan lima syornya pada Mac lalu kepada MOF dan LADA untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan projek Perkampungan Tok Senik Resort serta Hotel St Regis Langkawi. - Foto X, Sim Tze Tzin





KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan (MoF) kini dalam proses melelong Projek Perkampungan Tok Senik di Langkawi selepas pusat peranginan itu didakwa mengalami kerugian besar berjumlah RM250 juta.

Perkara itu dimaklumkan Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, yang membuat tinjauan ke tempat peranginan itu bersama ahli PAC lain pagi tadi.

"Resort Melayu Tradisional yang cantik, tetapi ditutup kerana kerugian besar berjumlah RM250 juta.


Ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) yang juga Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin, yang membuat tinjauan ke tempat peranginan itu bersama ahli PAC lain pagi tadi. - Foto X, Sim Tze Tzin

"Kini dalam proses lelongan oleh MOF. PAC akan meneliti isu tadbir urus seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN)," ciapnya di X.

Sebelum ini, Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022 mendedahkan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dikesan gagal mengutip hasil pajakan Projek Perkampungan Tok Senik sebanyak RM8.30 juta sejak 2003.

Sehubungan itu, PAC mengemukakan lima syornya pada Mac lalu kepada MOF dan LADA untuk dilaksanakan bagi menyelesaikan isu pajakan projek Perkampungan Tok Senik Resort serta Hotel St Regis Langkawi.

Syor itu dikeluarkan selepas PAC memanggil beberapa saksi pada 30 November dan 13 Disember 2023, termasuk Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP), Datuk Johan Mahmood Merican; Timbalan KSP (Pelaburan), Datuk Dr Shahrazat Ahmad dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA, Wan Kamarul Faisal Wan Kamardi.



Kementerian Kewangan (MoF) kini dalam proses melelong Projek Perkampungan Tok Senik di Langkawi selepas pusat peranginan itu didakwa mengalami kerugian besar berjumlah RM250 juta.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, sebelum ini juga memberitahu status hak milik tanah pusat peranginan mewah itu masih dimiliki LADA dan tidak pernah dipajak kepada sesiapa.

Beliau yang juga Pengerusi Bersama Lembaga Pengarah LADA berkata, pusat peranginan mewah yang beroperasi sejak 2016 belum dapat diselesaikan akibat masalah tadbir urus ketika projek itu mula dibangunkan.






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.044013 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list