CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3296|Reply: 0

[Kedah] Kedah ada lebihan air 10 juta liter sehari sebaik LRA Lubuk Buntar siap - EXCO

[Copy link]
Post time 11-6-2024 06:51 PM | Show all posts |Read mode
Kedah ada lebihan air 10 juta liter sehari sebaik LRA Lubuk Buntar siap - EXCO


Oleh Noorazura Abdul Rahman - Jun 11, 2024 @ 6:10pm [email protected]




Foto hiasan





ALOR SETAR: Tawaran Kedah untuk menjual air terawat kepada Pulau Pinang dibuat berdasarkan lebihan bekalan di Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar di Bandar Baharu, dekat sini, yang dijangka siap September nanti.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air dan Alam Sekitar negeri, Mohamad Yusoff@Munir Zakaria, berkata sebaik siap, kapasiti pengeluaran air terawat di LRA berkenaan akan mencapai 34 juta liter sehari (MLD) dengan lebihan 10 MLD.

"Kapasiti pengeluaran LRA Lubuk Buntar sekarang ialah 25 MLD dan apabila siap dinaik taraf akan meningkat kepada 34 MLD.

"Mengikut unjuran Syarikat Air Darul Aman (SADA), selepas mengambil kira kawasan di Kedah, masih ada lebihan 10 MLD yang boleh dijual untuk tempoh maksimum lima tahun," katanya ketika dihubungi.

Kelmarin, media melaporkan tawaran Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor untuk menjual air kepada Pulau Pinang yang didakwa mustahil berikutan Kedah tidak mempunyai margin atau lebihan air terawat.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, ketika ini margin air yang digunakan untuk keperluan domestik dan industri di Kedah mencapai tahap 99 peratus dan tiada lebihan untuk dijual.

Mengulas lanjut, Mohamad Yusoff berkata, tawaran dibuat Menteri Besar itu adalah untuk membantu rakyat Pulau Pinang khususnya di Sungai Bakap, namun ia sudah ditolak Ketua Menterinya, Chow Kon Yeow.

Katanya, Muhammad Sanusi adalah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat dan komited menjalankan tanggungjawabnya termasuk menyelesaikan isu gangguan bekalan air di negeri ini.

"Tak betul sekiranya orang kata Menteri Besar tak buat apa-apa, tak betul juga kalau kata Menteri Besar hanya bergantung kepada Kerajaan Persekutuan untuk bantu (projek untuk rakyat).

"Sebenarnya tanggungjawab Kerajaan Persekutuan untuk beri peruntukan kepada negeri yang telah dimeterai perjanjian ketika negeri menyertai kerajaan di mana banyak kuasa diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan termasuk Kedah," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.039779 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list