CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4146|Reply: 0

[Pulau Pinang] Petani, pesawah layak terima subsidi diesel - Mat Sabu

[Copy link]
Post time 11-6-2024 04:59 PM | Show all posts |Read mode
Petani, pesawah layak terima subsidi diesel - Mat Sabu

11 Jun 2024 04:06pm








Mohamad




NIBONG TEBAL - Golongan petani khususnya pesawah padi tidak akan terkesan dengan langkah penyasaran subsidi diesel kerana mereka layak menerima subsidi berkenaan, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Mengakui wujud kekeliruan berhubung pemberian subsidi diesel dalam kalangan petani, beliau berkata, pihaknya akan turun padang memberikan penjelasan mengenai perkara itu.



"Subsidi diesel sedang berjalan, semua penanam padi yang menggunakan diesel diberikan subsidi... pendaftaran sedang berjalan, saya yakin kekeliruan dan salah faham ini akan berlaku dalam masa sebulan dua ini sahaja,” katanya di sini pada Selasa.

Mohamad berkata demikian kepada pemberita selepas program libat urus bersama pemimpin peladang Pulau Pinang sempena Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kawasan Tasek di sini.

Beliau menjelaskan penyasaran subsidi diesel itu bukan bermaksud subsidi ditarik balik sebaliknya ia diberikan secara bersasar kepada golongan yang layak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan penyasaran subsidi diesel dilaksanakan untuk memastikan diesel tidak diberi kepada golongan maha kaya dan orang asing.

Sementara itu, Mohamad berkata, sesi libat urus berkenaan antara komitmen Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam memperkukuh keterjaminan makanan negara untuk lebih berdaya tahan dan mampan.

Beliau berkata, pada tahun ini, KPKM telah memperuntukkan RM3.2 juta merangkumi lima projek sambungan untuk Pulau Pinang melalui Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).




"Peruntukan pembangunan di bawah LPP itu memberi manfaat kepada enam Pertubuhan Peladang Kawasan seluruh Pulau Pinang dan Pertubuhan Peladang Pulau Pinang yang melibatkan 20,301 ahli peladang," katanya.

Beliau berharap bajet pembangunan itu akan menyuntik semangat petani dan peladang di Pulau Pinang untuk terus memainkan peranan proaktif dalam merencanakan industri pertanian dan agromakanan. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.034338 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list