CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5615|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 ahli perniagaan tak mengaku minta, terima rasuah RM7 juta

[Copy link]
Post time 10-6-2024 12:37 PM | Show all posts |Read mode

Dua ahli perniagaan, Chan Eng Leong (kiri) dan Tan Kok Siang masing-masing berdepan 10 pertuduhan meminta dan menerima rasuah hampir RM7 juta bagi membantu menyelesaikan masalah duti eksais dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) pada September 2019, hadir di Mahkamah Butterworth hari ini. NSTP/DANIAL SAAD

BUTTERWORTH: Dua ahli perniagaan dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan meminta dan menerima rasuah hampir RM7 juta bagi membantu menyelesaikan masalah duti eksais dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), lima tahun lalu.

Tertuduh, Chan Eng Leong dan Tan Kok Siang masing-masing berusia 50 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap 10 pertuduhan yang dibacakan secara berasingan terhadap mereka di hadapan Hakim, Zulhazmi Abdullah.

Mengikut kesemua pertuduhan terbabit, kedua-dua mereka didakwa meminta suapan wang tunai dan bayaran cek keseluruhan RM6,675,150 daripada Pengarah syarikat GTM Land and Property Sdn Bhd, Goh Choon Kim.

Ia sebagai dorongan untuk membantu menyelesaikan masalah duti eksais dengan JKDM bernilai RM108 juta yang dihadapi oleh syarikat Global Tobacco Manufacturers (Int) Sdn Bhd.


Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah hotel di Bukit Mertajam serta sebuah bank di Queensbay Mall, Bayan Lepas, dekat sini, 12 September 2019.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 (1) akta sama.

Jika sabit kesalahan, kedua-dua tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Wirna Ariffin, Muhammad Taufik Awaludin dan Mohd Syahzada Azad Sanusi manakala Eng Leong diwakili peguam, RSN Rayer dan Kok Siang pula diwakili peguam S Meharaj.

Hakim menetapkan jaminan masing-masing RM10,000 bagi setiap pertuduhan yang dihadapi kedua-dua tertuduh.

Tertuduh juga diminta mematuhi tiga syarat tambahan iaitu pasport perlu diserahkan kepada mahkamah, melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM berhampiran serta dilarang mengganggu saksi pendakwaan.

Kes akan disebut semula 2 Ogos depan.
https://www.bharian.com.my/berit ... ima-rasuah-rm7-juta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:32 AM GMT+8 , Processed in 0.052717 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list