CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4855|Reply: 0

[Perlis] Polis selamatkan wanita warga Thailand kurang lima jam selepas dilaporkan diculik

[Copy link]
Post time 9-6-2024 04:27 PM | Show all posts |Read mode

RUMAH tumpangan dipercayai menjadi lokasi dimana mangsa wanita warga Thailand dilarikan dan dikurung sebelum diselamatkan oleh polis. FOTO Aizat Sharif

Arau: Kurang lima jam selepas menerima laporan, polis berjaya menyelamatkan seorang wanita warga Thailand yang dilarikan oleh tiga individu, termasuk seorang wanita, di Gunung Keriang, Kedah, selepas menyerbu sebuah rumah tumpangan di Jejawi, di sini, semalam.

Kejadian bermula apabila mangsa yang berusia 36 tahun dan tinggal di Alor Setar dilarikan bersama teman lelakinya, berumur 18 tahun dan berasal dari Johor Bahru, Johor, awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, kedua-dua mangsa kemudian dibawa oleh suspek yang berusia 30, 38 serta suspek utama yang berusia 39 tahun ke sebuah bilik rumah tumpangan di Jalan Jejawi Sena, Taman Utara Jejawi, di sini, sebelum ditahan di situ.

"Siasatan awal mendapati, punca kejadian disebabkan masalah hutang antara mangsa dan suspek utama berjumlah lebih RM2,000. Kesemua suspek dan mangsa saling kenal-mengenali antara satu sama lain.


"Suspek utama sebelum ini sudah beberapa kali menuntut hutang daripada mangsa namun ia tidak diendahkan.

"Tindakan mangsa menyebabkan suspek utama berkomplot bersama dua lagi suspek, untuk melarikan kedua-duanya bagi mendapatkan wang itu," katanya pada kenyataan, hari ini.

Menurut beliau, teman lelaki mangsa kemudiannya dilepaskan jam 1 petang, selepas didapati tiada urusan dengan suspek utama.

"Susulan itu, teman lelaki mangsa menghubungi polis jam 7.45 malam dan 35 minit kemudian, anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Arau dan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis melancarkan Ops Scorpion untuk menyelamatkan mangsa.

"Kami naik ke tingkat tiga premis terbabit sebelum memecahkan pintu bilik. Kami dapati ada dua wanita membabitkan mangsa dan suspek di bilik itu," katanya.

Menurut beliau, pihaknya turut berjaya menahan suspek utama yang bersembunyi di loteng rumah tumpangan berkenaan.

Hasil soal siasat terhadap suspek utama membawa kepada penemuan 14 paket plastik mengandungi dadah jenis syabu seberat 37.03 gram.

"Selain itu, kami turut menemukan lima paket plastik heroin seberat 37.05 gram. Kesemuanya dibawa ke IPD Arau untuk siasatan lanjut.

"Kami turut menahan teman lelaki mangsa bagi membantu siasatan kerana keterangannya meragukan," katanya.

Kesemua suspek, kecuali suspek utama, diserahkan kepada IPD Kota Setar untuk siasatan mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

"Suspek utama direman enam hari untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... -selepas-dilaporkan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.115329 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list