CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8886|Reply: 0

[Pulau Pinang] KPM tunggu laporan penuh kemalangan bas ekspres bawa rombongan guru

[Copy link]
Post time 9-6-2024 12:47 PM | Show all posts |Read mode
KPM tunggu laporan penuh kemalangan bas ekspres bawa rombongan guru


Oleh Nur Izzati Mohamad - Jun 9, 2024 @ 12:31pm [email protected]




Fadhlina (dua kanan) menerima baju Kelab Media Mutiara Pulau Pinang ketika merasmikan Hari Keluarga kelab berkenaan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di sebuah taman tema di Bertam, Kepala Batas. - Foto Nur Izzati Mohamad





KEPALA BATAS: Kementerian Pendidikan (KPM) menunggu laporan penuh berhubung kemalangan bas bawa rombongan guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah, Melaka sehingga mengorbankan tiga individu di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah, Pahang, awal pagi tadi.

Menterinya Fadhlina Sidek, berkata pihaknya berdukacita terhadap insiden berkenaan dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa kemalangan.

"KPM kita sedang mengambil semua langkah untuk dapatkan laporan penuh punca kejadian.

"Pada masa sama, kita juga (menjaga) kebajikan guru yang sebahagiannya (kini) ada di hospital untuk rawatan termasuk juga (kebajikan) keluarga (mereka).

"Sekolah (akan dibuka) esok dan oleh kerana sekolah ini kehilangan guru, maka kita kerahkan kaunselor untuk turun ke sekolah ini untuk memberikan sokongan psikososial kepada rakan guru termasuk juga anak murid yang kehilangan guru dalam kejadian ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Program Hari Keluarga Kelab Media Mutiara Pulau Pinang sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) di sebuah taman tema di Bertam, di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan dua termasuk seorang wanita maut selepas bas ekspres membawa rombongan guru terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Lebuhraya Tun Abdul Razak berhampiran simpang tiga Keratong, Muadzam Shah, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, seramai 37 penumpang lagi dilaporkan cedera dan dibawa ke Hospital Muadzam Shah, Rompin dan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan untuk menerima rawatan.

Semasa kejadian, bas membawa 39 penumpang termasuk dua pemandu itu dipercayai dalam perjalanan ke Terengganu sebelum terbabas dan terjunam ke bawah cerun selepas berlanggar dengan sebuah treler.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:38 AM GMT+8 , Processed in 0.039924 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list