CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2889|Reply: 0

[Pulau Pinang] Juruteknik didakwa berdagang 7 senjata api, edar dadah

[Copy link]
Post time 7-6-2024 03:56 PM | Show all posts |Read mode
Juruteknik didakwa berdagang 7 senjata api, edar dadah


Oleh Zuhainy Zulkiffli - Jun 7, 2024 @ 3:29pm [email protected]




Juruteknik, A Prakash didakwa di Mahkamah Sesyen Georgetown atas pertuduhan memperdagangkan senjata api, selain dua pertuduhan mengedar dadah. - NSTP/FOTO ZUHAINY ZULKIFFLI





GEORGETOWN: Seorang juruteknik didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan memperdagangkan senjata api yang didakwa dilakukannya di Persiaran Batu Uban, dekat Gelugor, di sini, pada 25 Mei lalu.

Tertuduh, A Prakash, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Mohammad Khalid Ab Karim.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tujuh senjata api bersama kelopak itu termasuk tiga yang ditemukan dalam sebuah kotak pistol membabitkan dua jenis Smith & Wesson berserta kelopak serta satu lagi jenis Walter P22 dengan nombor siri diganggu berserta kelopak .

Baki empat lagi senjata api membabitkan masing-masing pistol jenis Glock 19C separa automatik berserta kelopak, Mauser-Werke berserta kelopak, Star Eibar berserta kelopak dan revolver Smith & Wesson.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Century Park Persiaran Batu Uban, pada jam 3.10 petang 25 Mei lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 (Akta 37) yang membawa kepada hukuman penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun, dan kurang enam sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Puteri Nor Nadia Mohamed Iqbal, manakala tertuduh diwakili peguam Y Yogeswaran.

Mahkamah tidak mencadangkan sebarang jaminan dan menetapkan 11 Julai depan sebagai tarikh serahan dokumen.

Terdahulu, media melaporkan pembongkaran makmal pemprosesan dan stor penyimpan dadah di rumah sewa menerusi serbuan dijalankan polis secara berasingan di dua lokasi di negeri ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Khaw Kok Chin berkata, aktiviti berkenaan terbongkar susulan penahanan lelaki berusia 38 tahun, dengan polis turut merampas beberapa pucuk pistol dan peluru.

Sementara itu, dalam prosiding berasingan di Mahkamah Majistret, tertuduh di lokais dan waktu sama turut didakwa atas dua pertuduhan mengedar dadah masing-masing membabitkan 46,161 gram methamphetamine dan 33,764 gram heroin.

Prakash mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Majistret Mohd Azlan Basri.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Syairah Aqilah Khalil mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama, manakala Yogeswaran mewakili tertuduh.

Mahkamah tidak mencadangkan sebarang jaminan dan menetapkan 26 Ogos depan sebagai tarikh serahan dokumen.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:12 AM GMT+8 , Processed in 0.320518 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list