CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3111|Reply: 0

[Pulau Pinang] Terjun ke laut elak ditahan pihak berkuasa

[Copy link]
Post time 6-6-2024 02:32 PM | Show all posts |Read mode
Terjun ke laut elak ditahan pihak berkuasa

OlehSYAJARATULHUDA MOHD ROSLI

06 Jun 2024 02:18pm








Lima pekerja sangkar ikan warga asing berjaya ditahan dalam operasi tersebut.




GEORGE TOWN - Lima pekerja sangkar ikan warga Myanmar bertindak terjun ke dalam laut selepas tempat kerja mereka di perairan Pulau Pinang diserbu pihak berkuasa dalam operasi bersepadu pada Rabu.

Operasi tersebut digerakkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pulau Pinang yang turut membabitkan 70 anggota pelbagai agensi antaranya Pasukan Polis Marin, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang.



Pengarah Maritim Malaysia Pulau Pinang, Kepten Maritim Razali Kassim berkata, ketika serbuan, kesemua suspek terjun ke laut dan menyorok di bawah tong biru yang telah diubahsuai jadi pelampung untuk elak ditahan pihak berkuasa.

"Tindakan kelima-lima warga asing itu bagaimanapun ternyata sia-sia apabila pasukan penyelam yang diturunkan berjaya menahan kesemua suspek.



"Skuadron Selam di bawah koordinasi Pasukan Tindakan Khas dan Penyelamat (STAR Team) Maritim Malaysia mengambil masa hampir satu jam untuk membawa naik kelima-lima warga asing itu.

"Ia berikutan keadaan laut yang gelap serta persekitaran yang berbahaya, tambahan pula, suspek bertindak agresif serta tidak memberikan kerjasama ketika ditahan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Serbuan dilakukan di dua sangkar ikan berbeza dalam operasi bersepadu yang dijalankan pada Rabu.




Jelas beliau, pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua suspek merupakan warga Myanmar dan disyaki berada di Malaysia secara tidak sah.


"Serbuan dilakukan di dua sangkar berbeza membabitkan enam buah aset iaitu dua buah bot peronda dan sebuah jetski masing-masing dari Maritim Negeri Pulau Pinang serta Pasukan Polis Marin Wilayah Satu.

"Kesemua suspek ditahan dan dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Wilayah Satu di Batu Uban lalu diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Malaysia untuk siasatan lanjut," ujarnya.

Beliau menambah, operasi bersepadu itu dijalankan berikutan pengaktifan Operasi PATKOR OPTIMA MALINDO 31A/2024 iaitu operasi dwi-tahunan secara bersama antara Malaysia dan Indonesia dalam usaha mengekang jenayah rentas sempadan di Selat Melaka yang merupakan laluan utama industri perkapalan dunia.

Kes disiasat dibawah Akta Imigresen 1959/63.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 12:28 AM GMT+8 , Processed in 0.052365 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list