CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4098|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bukan tabur 'gula-gula' pilihan raya - Fahmi

[Copy link]
Post time 6-6-2024 12:28 PM | Show all posts |Read mode
Bukan tabur 'gula-gula' pilihan raya - Fahmi

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

06 Jun 2024 11:55am




Fahmi




SUNGAI BAKAP - Kunjungan menteri ke lapangan khususnya di kawasan Sungai Bakap di sini, bukan bertujuan menabur 'gula-gula' bersempena Pilihan Raya Kecil (PRK) bakal berlangsung di kawasan itu nanti.

Sebaliknya, Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, tindakan pimpinan kerajaan yang turun padang ke kawasan dan bertemu dengan rakyat sejajar dengan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi melihat dengan lebih dekat segala permasalahan yang timbul selain berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik.



"Dakwaan (menteri turun kawasan PRK) tabur ‘gula-gula’ ini tak betul.

“Saya berada di sini kerana ada kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak petang nanti untuk menyampaikan jemputan untuk istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim.


“Jadi saya ambil kesempatan untuk adakah program di bahagian Seberang Perai kerana pertemuan bersama TYT itu di Pulau jadi kita kita fair (adil) kepada kedua-dua belah serta tak jadi isu,” katanya ketika ditemui pemberita pada Khamis.
Beliau ditemui selepas menghadiri Program Sembang Santai Komuniti Madani Sungai Bakap di sini.

Mengulas lanjut Fahmi berkata, beliau juga menggunakan kesempatan sama untuk mendengar keluhan masyarakat berhubung isu air yang membelenggu penduduk di sekitar daerah Seberang Perai Selatan.

Beliau berkata, Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir sebelum ini juga telah hadir bagi meneliti isu tersebut dan saya nak tegaskan di sini bahawa kita akan terus berkhidmat tanpa mengira tempat.


Media pada 4 Jun lalu melaporkan, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melaksanakan pelbagai usaha dan perancangan bagi mengatasi masalah gangguan bekalan air di daerah Seberang Perai Selatan (SPS).

Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, langkah-langkah mitigasi yang telah dilaksana serta akan dijalankan mampu menyelesaikan isu itu secara jangka pendek dan panjang dalam usaha memberikan perkhidmatan kepada penduduk terjejas.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.039373 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list