CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3374|Reply: 0

[Perlis] Warga UniMAP hadiri kurus pengurusan media sosial, rasmi

[Copy link]
Post time 5-6-2024 03:20 PM | Show all posts |Read mode
Warga UniMAP hadiri kurus pengurusan media sosial, rasmi


Oleh M Hifzuddin Ikhsan - Jun 5, 2024 @ 2:17pm [email protected]




Pengarang Urusan Kumpulan NSTP, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman (tengah berkemeja putih, barisan kedua) bersama warga UniMAP yang menyertai Kursus Intensif Pemantapan Pengurusan Platform Media Sosial dan Rasmi. - Foto ihsan UniMAP





ARAU: Seramai 200 warga Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) menghadiri Kursus Intensif Pemantapan Pengurusan Platform Media Sosial dan Rasmi yang julung kali dianjurkan di universiti berkenaan.

Program itu anjuran Unit Perhubungan Media, Pusat Komunikasi Korporat UniMAP, disertai pelajar Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu bersama pensyarah dan kakitangan yang terbabit dalam pengurusan platform media.

Dijemput berkongsi pandangan dan pengetahuan dalam kursus terbabit adalah Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman, yang berpengalaman lebih 30 tahun dalam industri media.


Antara warga UniMAP yang hadir Kursus Intensif Pemantapan Pengurusan Platform Media Sosial dan Rasmi. - Foto ihsan UniMAP

Ahmad Zaini dalam perkongsiannya memaklumkan, adalah penting kepada UniMAP untuk membina jenama dan imej dalam memastikan masyarakat mengetahui sumbangan warga institusi itu kepada pembangunan industri berteknologi tinggi di negara ini.

Pada masa sama, beliau turut menggalakkan pensyarah dan kakitangan universiti berkenaan berkongsi kepakaran yang dimiliki bersama pembaca melalui penulisan mereka yang boleh disiarkan melalui platform media yang ada di negara ini.

Beliau turut berkongsi peranan Kumpulan Media Prima dan NSTP melalui akhbar terbitannya iaitu NST, BH dan Harian Metro dalam memaparkan laporan berita yang mampu menaikkan jenama dan imej UniMAP dalam jangka masa panjang.

Terdahulu, Ahmad Zaini yang juga Pengarang Kumpulan BH melakukan kunjungan ke atas Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli.



Pengarang Urusan Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP), Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzaman mengadakan pertemuan bersama Naib Canselor UniMAP, Prof Datuk Dr Zaliman Sauli. - Foto ihsan UniMAP

Sementara itu, Pengarah Pusat Komunikasi Korporat UniMAP, Prof Madya Dr Nor'izah Ahmad, berkata tujuan kursus dan latihan itu diadakan adalah bagi mendedahkan warga kampus mengenai kepentingan platform media sosial dalam meningkatkan imej universiti.

Katanya, platform media sosial dan rasmi sekiranya digunakan secara tepat, mampu menyampaikan pelbagai maklumat kepada orang ramai yang ingin mengetahui peranan yang dibawa universiti berkenaan.

"Ini adalah kali pertama program seumpama ini dianjurkan di UniMAP kerana kita mengakui keberkesanan platform media sosial dalam menyebarkan maklumat secara berkesan sekiranya digunakan secara betul dan positif.

"Kita juga berusaha mendedahkan kepada pelajar mengenai cara penggunaan media sosial secara betul dan mendidik mereka agar mengelak tingkah laku negatif ketika melayari medium berkenaan," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:08 AM GMT+8 , Processed in 0.034535 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list