CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7600|Reply: 0

Rusuhan penyokong cemari keraian Selangor

[Copy link]
Post time 3-6-2024 05:01 PM | Show all posts |Read mode

MESKIPUN terdapat beberapa minit lagi sebelum masa sebenar tamat tetapi disebabkan keadaan semakin ‘menggila’ perlawanan terpaksa dihentikan. FOTO Ihsan pembaca

Kuala Lumpur: Kehebatan pasukan Selangor FC bukan sahaja dicemburui di Malaysia malah ia mendapat perhatian dari penyokong Persija Jakarta apabila bertindak di luar kawalan dengan membakar suar dan membaling barang ke arah padang selepas pasukan kesayangan mereka ketinggalan 1-0 dalam aksi final kejohanan jemputan RCTI Premium Sports, semalam.

Melalui video yang tersebar di media sosial itu, permainan termasuk dihentikan pada minit ke-87 selepas mendapati asap daripada pembakaran suar semakin banyak dan mula mengganggu perlawanan.

Disebabkan itu, kedua-dua pasukan terpaksa membawa diri ke bilik persalinan untuk memastikan keselamatan pasukan terjaga dan sudah pasti bagi Red Giants pula mereka tidak ingin sejarah hitam berulang lagi dalam pasukan.

Meskipun terdapat beberapa minit lagi sebelum masa sebenar tamat tetapi disebabkan keadaan semakin 'menggila', perlawanan terpaksa dihentikan serta merta bagi memastikan kedua-dua pasukan tidak mengalami sebarang perkara tidak diingini biarpun ada usaha untuk menyambung semula perlawanan itu.

Selain suar yang di bakar, terdapat juga peminat yang membakar mercun namun difahamkan pemain Selangor FC tidak mengalami sebarang kecederaan daripada kejadian itu.

Bukan itu sahaja, tindakan tidak bertamadun itu disusuli dengan rusuhan oleh segelintir peminat seakan-akan sukar untuk menerima keputusan tidak memihak kepada tuan rumah sehingga pasukan keselamatan terpaksa bertindak pantas untuk mengawal daripada berlaku lebih teruk lagi.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ri-keraian-selangor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:53 AM GMT+8 , Processed in 0.244456 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list