CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6696|Reply: 1

[Kedah] Tauke pasang CCTV bagi lindungi belasan tukang jahit warga Pakistan

[Copy link]
Post time 3-6-2024 01:04 PM | Show all posts |Read mode

Sebahagian warga asing yang ditahan JIM dalam serbuan di sebuah premis perniagaan di daerah Kuala Muda. FOTO IHSAN JIM

Sungai Petani: Taktik pemilik sebuah syarikat memasang kamera rakaman litar tertutup (CCTV) untuk melindungi tukang jahit yang kebanyakannya warga asing akhirnya terbongkar selepas diserbu pihak berkuasa, semalam.

Serbuan dilakukan Unit Risikan dan Operasi Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kedah di sekitar daerah ini.

Pengarah JIM Kedah Mohd Ridzzuan Mohd Zain berkata, pihaknya menahan 16 warga Pakistan yang sedang menjahit di dalam premis tiga tingkat premis berkenaan.

"Ketika serbuan, kumpulan warga asing terbabit sedang menjahit. Mereka berusia 21 hingga 49 tahun.


"Di luar premis, kelihatan seperti tiada sebarang aktiviti perniagaan selain kurang dikunjungi. Namun, hasil risikan mendapati, kesemua warga asing ini tidak keluar dan akan memasak serta tidur di dalam premis berkenaan.

"Majikan akan datang pada setiap pagi bagi memantau tugasan mereka," katanya pada kenyataan, hari ini.

Mohd Ridzzuan berkata, ketika diserbu, warga asing terbabit juga enggan membuka pintu premis sebelum ia berjaya diumpil.

"Hasil maklumat awal, kesemua premis di kawasan berkenaan dimiliki warga tempatan dan di 'alibabakan' kepada warga asing," katanya.

Mohd Ridzzuan berkata, premis yang menggajikan tukang jahit warga asing terbabit turut menerima tempahan daripada pengusaha tekstil selain pelanggan tetap.

Kes disiasat mengikut Seksyen 15(1)(c) kerana tinggal lebih masa dan Seksyen 6(1)(c) kerana tiada dokumen pengenalan diri sah.

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ahit-warga-pakistan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2024 01:47 PM | Show all posts
percaya lah............. yang melayu muslim owner brand butik pun ada sama perangai... tak pasti berapa ramai, tapi ni je cara nak besarkan profit margin bersaing dalam bidang ni.. (tapi kerja dorang kemas dan murah, apa nak kata, bukan haram disisi agama pun, kan?)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:07 AM GMT+8 , Processed in 0.044402 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list