CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2585|Reply: 0

Euro 2024: Perancis galas misi tebus duka

[Copy link]
Post time 3-6-2024 11:43 AM | Show all posts |Read mode

PERANCIS dianggap pencabar utama menjelang aksi Euro 2024 terutama apabila pasukan itu dilihat mahu mengembalikan era kemenangan 24 tahun lalu selepas kali terakhir menjuarai saingan berprestij di benua Eropah itu itu pada tahun 2000.

Sudah pasti, Perancis meletakkan harapan cukup tinggi kepada skuad bimbingan Didier Deschamps selepas pengendali berusia 55 tahun tersebut hanya menyenaraikan 25 pemain terbaik biarpun mempunyai peluang membawa 26 pemain.

Harapan tentunya tertumpu kepada Kylian Mbappe untuk merobek gawang lawan, tetapi gabungan pemain berpengalaman seperti Olivier Giroud, Ousmane Dembele, N’Golo Kante, Antoine Griezmann serta bantuan duo pemain tengah Real Madrid, Aurelien Tchouameni dan Eduardo Camavinga mampu menggerunkan pihak lawan.

Pemain bertaraf bintang yang diharapkan oleh Deschamps mampu menjadi penentu buat mereka terutama untuk menebus balik kekecewaan selepas tumbang pada edisi 2020 di tangan
pasukan bukan pilihan, Switzerland seawal pusingan 16 terbaik.

Ketika itu, Les Blues pulang dengan kehampaan apabila terpaksa menerima hakikat bahawa mereka ditunjukkan jalan keluar selepas tewas 4-5 menerusi penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 3-3 pada aksi di National Arena Bucharest apabila Mbappe gagal menyempurnakan sepakan tersebut.

Bagi Griezmann, dia yakin bahawa mereka mampu melakukan kejutan kerana sebelum ini mereka hampir untuk menjulang kemenangan pada edisi 2016 selepas tewas 0-1 terhadap Portugal.

“Kami begitu rapat kerana hampir untuk meraikan kemenangan pada tahun 2016. Perkara sama turut berlaku pada edisi sebelum ini kerana kami tumbang di penalit.

“Saya mempunyai banyak keinginan dan banyak cita-cita. Tetapi, kami perlu membuktikannya di atas padang. Bagi saya, kuncinya adalah pertahanan yang ampuh, jika tidak segalanya akan menjadi sukar,” ujarnya.

Tahun 2024, Perancis diramalkan mampu menjulang kemenangan di Euro selepas diundi bersama Belanda, Austria dan Poland dalam saingan Kumpulan D sekali gus tidak berdepan masalah untuk melepasi perlawanan peringkat kumpulan.

Kali terakhir Perancis menjuarai gelaran Euro pada 2000 selepas melakukan kejutan menundukkan Itali di perlawanan akhir.
Di Jerman nanti, Perancis akan membuka tirai perlawanan dengan menentang Austria pada 17 Jun dan selang tiga hari kemudian mereka akan berdepan Belanda pada 21 Jun dan Poland pada 24 Jun.



INFO

NAMA PASUKAN : Perancis
JURULATIH : Didier Deschamps
GELARAN : Les Bleus
PENCAPAIAN : Juara 1984, 2000
RANGKING : No. 2 dunia
KUMPULAN : Kumpulan D – Poland, Belanda, Austria

SENARAI PEMAIN

PENJAGA GOL

Brice Samba (Lens)
Mike Maignan (AC Milan)
Alphonse Areola (West Ham)

PERTAHANAN

Ibrahima Konate (Liverpool)
William Saliba (Arsenal)
Jules Kounde (Barcelona)
Dayot Upamecano (Bayern Munich)
Jonathan Clauss (Marseille)
Benjamin Pavard (Inter Milan)
Theo Hernandez (AC Milan)
Ferland Mendy (Real Madrid)

TENGAH

N’Golo Kante (Al-Ittihad)
Eduardo Camavinga (Real Madrid)
Adrien Rabiot (Juventus)
Warren Zaire-Emery (PSG)
Youssouf Fofana (Monaco)
Aurelien Tchouameni (Real Madrid)

PENYERANG

Olivier Giroud (AC Milan)
Antoine Griezmann (Atletico Madrid)
Kylian Mbappe (PSG)
Ousmane Dembele (PSG)
Randal Kolo Muani (PSG)
Marcus Thuram (Inter Milan)
Bradley Barcola (PSG)
Kingsley Coman (Bayern Munich)

https://www.kosmo.com.my/2024/06 ... as-misi-tebus-duka/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:44 AM GMT+8 , Processed in 0.176102 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list