CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5819|Reply: 0

[Kedah] Remaja autism antara 427 peserta Pesta Renang Langkawi

[Copy link]
Post time 2-6-2024 06:24 PM | Show all posts |Read mode

Remaja autism, Raziq Rizal, 17 (kanan) diiringi jurulatihnya, Faris Mukhis Azmi ceria dan bersemangat selepas berjaya mencatat masa satu jam 30 saat bagi acara renang kategori terbuka lelaki, dua kilometer pada Pesta Renang Langkawi. NSTP/Hamzah Osman

LANGKAWI: Seorang remaja lelaki yang mengalami masalah autism antara 427 peserta menyahut cabaran dalam Pesta Renang Langkawi (PRL) 2024 di Tanjung Rhu di sini, hari ini.

Raziq Rizal, 17, yang juga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Jaya, Ipoh, Perak menyertai PRL 2024 bagi kategori terbuka lelaki, dua kilometer (km).

Walaupun gagal memperoleh kedudukan tiga teratas, keupayaannya memerah kudrat dan mencatat masa satu jam 30 minit bagi acara itu mendapat tepukan gemuruh kira-kira 300 penonton.

Pada acara itu, Raziq yang juga pelatih di Pusat Akuatik Tuanku Zara, Ipoh, Perak ditemani jurulatihnya, Faris Mukhis Azmi sebagai jurupandu arah bagi memastikan dia berenang mengikut laluan yang ditetapkan penganjur.


Ketika ditemui, anak kedua daripada empat beradik itu berkata, dia gembira dapat menamatkan acara renang sejauh 2km yang turut disertai ratusan peserta berpengalaman dari pelbagai negara.

"Sejak dua tahun lalu saya berlatih lima kali seminggu di bawah pengawasan jurulatih, Faris Mukhlis, selain pernah menyertai acara renang sejauh 1km di Port Dickson tahun lalu dengan catatan masa satu jam.

"Penyertaan saya lebih kepada untuk menunjukkan perenang yang ada masalah autism juga boleh melakukan aktiviti mencabar seperti dilakukan oleh orang normal," katanya yang turut ditemani bapanya, Rizal Mohamad Suhaimi dan ibunya, Siti Norbaya Sharif, kedua-duanya berusia 47 tahun.

Acara renang berprestij yang dianjurkan oleh Tough Gorilla dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) itu disertai 427 peserta mewakili 15 negara membabitkan lima kategori utama iaitu Terbuka Lelaki dan Wanita 8km, 4km, 2km, 1km dan 400m.

Perenang Sepanyol, Jose Luis Larrosa Chorro muncul juara kategori terbuka lelaki 8km selepas mencatat 2 jam 6 minit dan 39 saat, manakala kategori wanita, disandang peserta negara Kai Ning Teoh dengan catatan 2 jam 19 minit dan 21 saat.

Majlis perasmian disempurnakan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LADA (Perancangan dan Pembangunan), Wan Kamarul Faisal Wan Kamardin.
https://www.bharian.com.my/berit ... sta-renang-langkawi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.038401 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list