CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3145|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pusara Komander Muhammad Firdaus sentiasa harum ditaburi bunga - Bapa

[Copy link]
Post time 2-6-2024 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Pusara Komander Muhammad Firdaus sentiasa harum ditaburi bunga - Bapa


Siti Aminah Mohd Yusof
[email protected]



RAMLI ketika ditemui selepas selesai majlis tahlil dan bacaan yasin di rumahnya di Persiaran Pantai Jerejak. FOTO Aminah Yusof





Georgetown: Keluarga Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, 23 April lalu berlapang dada menerima laporan akhir tragedi itu dan percaya siasatan dilakukan dengan teliti dan sebaik-baiknya.

Ramli Abd Hamid, 68, berkata pihaknya dijemput untuk mendengar sendiri laporan berkenaan minggu lalu di Pangkalan TLDM Lumut, Perak dan hari ini keluarganya mengadakan majlis tahlil dan bacaan Yasin selepas genap 40 hari pemergian anak sulungnya ke negeri abadi.

"Perkara sudah berlaku, kita jangan pertikai sesiapapun kerana depa (mereka) sudah buat yang terbaik. Jadi kami sekeluarga reda, berlapang dada dan terima dengan keadaan apa adanya.

"Pak cik dan keluarga terima dengan ikhlas, reda... semata-mata reda. Apa yang berlaku adalah ketentuan takdir yang ditetapkan oleh Allah SWT kepada keluarga kami.

"Keadaan kami (sekarang) beginilah ibu bapa mana yang tidak bersedih sebab kehilangan anak," katanya ketika ditemui di rumahnya di Persiaran Pantai Jerejak, selepas majlis tersebut, hari ini.

Ramli bercerita, rumahnya masih sering menerima kunjungan orang ramai termasuk saudara mara dan sahabat handai yang bersifat prihatin datang dengan tujuan bertanya khabar keluarganya.

Beliau turut berkongsi rasa terharu apabila pusara Allahyarham Muhammad Firdaus yang terletak Tanah Perkuburan Islam Masjid Jamek Sungai Nibong Besar tidak putus-putus diziarahi hampir setiap hari.

"Memang orang tidak putus-putus ziarah kubur kalau pi (pergi) sana bau wangi sebab sentiasa orang mai (datang) tabur bunga... rezeki arwah.

"Kenduri hari ini, pak cik jemput ahli keluarga, kariah masjid, orang kampung dan kawan-kawan arwah... terima kasih atas sokongan semua kepada kami," katanya menambah lebih 100 orang menghadiri kenduri tahlil yang diadakan di rumahnya hari ini.

Media sebelum ini melaporkan, laporan akhir insiden helikopter TLDM terhempas yang membabitkan nahas dua helikopter TLDM di Lumut pada 23 April lalu, merumuskan bahawa salah satu pesawat tidak berada pada haluan ditetapkan.

Dalam tragedi 23 April lalu, 10 anggota dan pegawai TLDM terdiri tujuh kru Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) dan tiga kru Fennec TLDM terkorban selepas dua pesawat itu bergesel dan terhempas ketika menjalani raptai lintas hormat sempena sambutan Ulang Tahun TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut.



Disiarkan pada: Jun 2, 2024 @ 4:22pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:16 AM GMT+8 , Processed in 0.059830 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list