CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7029|Reply: 0

Seville manusia terpantas 2024

[Copy link]
Post time 2-6-2024 12:29 PM | Show all posts |Read mode

OBLIQUE Seville. FOTO AGENSI

Kingston: Oblique Seville dari Jamaica mencatat masa terpantas dunia dalam acara pecut 100 meter (m) tahun ini iaitu 9.82 saat (s) untuk menewaskan penyandang juara dunia, Noah Lyles di Racer Grand Prix, hari ini.

Pelari berusia 23 tahun itu memecahkan rekod terbaik peribadinya sebelum ini iaitu 9.86s dan mengatasi bintang Amerika Lyles, yang melepasi garisan penamat dengan catatan 9.85s,

"Saya berasa sangat baik. Saya agak terkejut kerana dapat berlari dengan begitu pantas tanpa terlalu banyak melakukan persiapan.

"Ia menunjukkan bahawa saya masih boleh melakukan yang lebih baik," kata Seville.


Pelari Jamaica itu dilatih oleh Glen Mills, bekas mentor pelari legenda, Usain Bolt, di mana Jamaica sedang mencari penggantinya sejak dia mengumumkan persaraan pada 2017.

Seville sebelum ini mempamer prestasi memberangsangkan apabila menduduki tempat keempat dalam acara lari berganti-ganti 4x100m di Sukan Olimpik Tokyo dan dalam acara 100m di Kejohanan Dunia pada 2022 dan 2023.

Lariannya yang sempurna membolehkannya mengatasi Lyles dengan kedua-dua pelari itu mempamer larian jauh lebih pantas berbanding catatan terpantas 2024 sebelum ini iaitu 9.93s dilakukan oleh pelari Amerika, Christian Miller dan Kendal Williams.

Lyles muncul juara acara lari berganti-ganti 100, 200 dan 4x100 dalam Kejohanan Dunia tahun lalu di Budapest dan dianggap pilihan utama di Sukan Olimpik Paris.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... usia-terpantas-2024
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.220022 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list