CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7364|Reply: 0

[Kedah] Wujudkan sistem CGPA di sekolah menengah - PIBKS

[Copy link]
Post time 1-6-2024 05:50 PM | Show all posts |Read mode
Wujudkan sistem CGPA di sekolah menengah - PIBKS

OlehROSHILA MURNI ROSLI

01 Jun 2024 05:38pm




Kerajaan disyor mewujudkan sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) di sekolah menengah untuk menangani masalah pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal mendapat sijil.Gambar hiasan Gambar kecil: Zainol Abidin




KUBANG PASU - Kerajaan disyor mewujudkan sistem Purata Nilai Gred Kumulatif (CGPA) di sekolah menengah untuk menangani masalah pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang gagal mendapat sijil.

Timbalan Pengerusi Penglibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Swasta (PIBKS) Kebangsaan, Zainol Abidin Mohamad berkata, cadangan itu perlu bermula sejak dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima.



Katanya, apabila sistem itu diwujudkan, pelajar akan lebih bermotivasi dan tekun belajar kerana risaukan CGPA yang diperolehi.

"Pelajar sekolah menengah sekarang dah tak ada Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) mereka belajar dari Tingkatan Satu sehingga Lima untuk hadapi SPM sahaja.



"Disebabkan kita ada peperiksaan akhir tahun, jadi saya cadangkan kerajaan wujudkan sistem CGPA yang dibawa dari Tingkatan Satu sehingga Tingkatan Lima seperti pelajar-pelajar di universiti," katanya ketika ditemui di sini pada Sabtu.

Zainol Abidin yang juga Pengerusi PIBKS Kedah berkata, sijil SPM sangat penting kerana ia adalah kelayakan minimum yang diperlukan dalam bidang pekerjaan.

"Kalau nak minta kerja di mana-mana sekalipun dengan gaji yang lebih tinggi, mesti majikan akan minta sijil SPM, kalau tak ada sijil, susah nak dapat kerja yang lebih baik," katanya.

Baru-baru ini ketika pengumuman keputusan SPM, Kementerian Pendidikan (KPM) mendedahkan seramai 24,000 calon atau 6.5 peratus tidak layak menerima sijil atau gagal melepasi penguasaan minimum pada SPM 2023.


Dalam pada itu, Zainol Abidin berkata, data seramai 10,160 daripada 383,685 orang calon SPM 2023 yang tidak hadir peperiksaan adalah sesuatu yang membimbangkan dalam dunia pendidikan di negara ini

"Saya mohon sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) beri perhatian kepada isu keciciran ini.

"Apa yang saya nampak, selepas negara menghadapi pandemik Covid-19, kebanyakan pelajar berhenti sekolah dan pergi bekerja.

"Apabila dapat pegang duit sendiri, mereka sudah lupa untuk belajar dan berasakan pelajaran tidak lagi penting," katanya.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:09 AM GMT+8 , Processed in 0.056745 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list