CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2806|Reply: 0

[Pulau Pinang] Urimai pertikai bapa mentua TKM dilantik Pengerusi Lembaga Rayuan

[Copy link]
Post time 1-6-2024 03:57 PM | Show all posts |Read mode
Urimai pertikai bapa mentua TKM dilantik Pengerusi Lembaga Rayuan

OlehMOHD ISKANDAR OTHMAN

01 Jun 2024 03:40pm








Satees.




GEORGE TOWN - Parti Bersepakat Hak Rakyat Malaysia atau Urimai mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang melantik bapa mentua kepada Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Baldev Singh sebagai Pengerusi Lembaga Rayuan di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010.

Setiausaha Agungnya, Satees Muniandy turut mempertikaikan tindakan Jagdeep Singh Deo yang telah mencadangkan usul untuk melantik bapa mentua dan lain-lain ahli Lembaga tersebut.



Menurutnya, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow harus menjelaskan atas sebab khusus apakah bapa mentua Jagdeep telah dipilih untuk mengetuai Lembaga tersebut.

"Adakah tiada lagi calon yang sesuai di Pulau Pinang, selain daripada ahli keluarga Timbalan Ketua Menteri untuk dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Rayuan itu? Bukankah ini satu amalan nepotisme?



"Datuk Baldev mungkin seorang peguam berpengalaman, tetapi melantiknya, apabila menantunya adalah seorang Timbalan Ketua Menteri yang sedang berkhidmat menunjukkan betapa hipokritnya pemerintahan DAP dalam mengamalkan prinsip cekap, akauntabiliti dan telus (CAT) dalam pentadbirannya," katanya dalam kenyataan di sini, pada Sabtu.

Mengulas lanjut, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP itu berkata, Pulau Pinang mempunyai kumpulan sivil yang sangat aktif malah ada beratus aktivis yang boleh dipilih untuk memberikan semak dan imbang kepada pentadbiran negeri.

Beliau mempersoalkan mengapa kerajaan negeri memilih untuk melantik seorang ahli keluarga ahli Exco Kerajaan Negeri.

"DAP Pulau Pinang juga telah memberikan penghormatan kepada Jagdeep untuk membawa usul untuk melantik bapa mertuanya. Memang satu saat yang indah buatnya.


"Selepas kontroversi urusan kelurga di Kerajaan Negeri Selangor, melibatkan pimpinan DAP, kini giliran pimpinan DAP Pulau Pinang pula... nampaknya DAP dengan urusan keluarga memang tidak dapat dipisahkan," katanya lagi.

Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang pada Khamis meluluskan usul pelantikan Ahli-Ahli Lembaga Rayuan di bawah Enakmen Kebebasan Maklumat Pulau Pinang 2010 [Enakmen 16].

Memandangkan usul tersebut adalah untuk pelantikan mengganti Ahli-Ahli Lembaga yang lalu, maka Yang diPertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Law Choo Kiang membuat penetapan supaya usul tersebut tidak perlu dibahaskan.

Terdahulu, Timbalan Ketua Menteri II yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datok Keramat, Jagdeep Singh Deo mengemukakan usul itu pada Mesyuarat Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Kelima Belas.

Usul bagi tujuan formaliti itu dipersetujui dan disokong oleh ADUN Padang Lalang, Daniel Gooi Zi Sen, tanpa dibahas.

Difahamkan, lantikan Ahli-Ahli Lembaga Rayuan tersebut adalah bagi tempoh tiga tahun mulai 1 Jun 2024 hingga 31 Mei 2024.



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 08:06 AM GMT+8 , Processed in 0.036611 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list