CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2177|Reply: 0

[Pulau Pinang] Pulau Pinang teroka unsur nadir bumi RM100 bilion

[Copy link]
Post time 29-5-2024 03:58 PM | Show all posts |Read mode

Pulau Pinang akan meneroka hasil bumi di Teluk Bahang, Balik Pulau dan Nibong Tebal. - Foto hiasan BH

GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang sedang berbincang dengan syarikat-syarikat berkaitan perlombongan unsur nadir bumi (REE), susulan penerokaan hasil bumi berkenaan di beberapa kawasan di negeri itu yang dianggarkan bernilai RM100 bilion.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri S Sundarajoo, berkata lawatan ke tapak projek rintis di Perak juga sedang diatur untuk melihat kaedah pelaksanaan dan manfaat yang akan diperoleh dari segi pulangan hasil kepada negeri.

"Hal ini bagi membolehkan projek yang akan dilaksanakan kelak menepati syarat-syarat serta garis panduan yang telah ditetapkan oleh agensi berkaitan bagi menjaga kepentingan alam sekitar.

"Buat masa sekarang, banyak syarikat yang mengusahakan projek begini berjumpa dengan kita (kerajaan negeri) buat pembentangan. Kami akan buat beberapa lawatan kerana benda ini baharu untuk kita," katanya ketika menggulung ucapan perasmian Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak pada persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.


Pada November lalu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow memaklumkan Pulau Pinang mempunyai sumber nadir bumi yang dianggarkan bernilai RM100 bilion berdasarkan kajian persampelan di beberapa tempat seperti Teluk Bahang, Balik Pulau dan Nibong Tebal oleh Jabatan Mineral dan Geosains sekali gus mempelopori penjanaan pendapatan baharu.

Sementara itu, Sundarajoo berkata, Pulau Pinang juga masih dalam peringkat perbincangan untuk memaksimum penemuan hidrokarbon di negeri itu berdasarkan keputusan kaji selidik yang dijalankan PETRONAS.

Bagaimanapun, katanya sesi perbincangan di antara kerajaan negeri bersama PETRONAS belum dapat diadakan atas faktor permohonan daripada PETRONAS untuk melengkapkan proses menganalisis data.

Beliau berkata, tinjauan seismik dua dimensi (2D) berbilang pelanggan luar pesisir baharu dijalankan di kawasan utara Selat Melaka untuk mengeksplorasi dan memetakan potensi hidrokarbon di blok terbuka PM320 dan PM321 Lembangan Langkasuka pada 15 November lalu.

"Tinjauan ini akan meningkatkan ketersediaan data seismik yang lebih besar dan komprehensif. Ia bermula pada Oktober 2023 dan telah selesai pada akhir Disember 2023, manakala proses menganalisis data terkumpul dijangka selesai pada Jun 2024," katanya.

Sebelum ini, PETRONAS memaklumkan kaji selidik itu meliputi kawasan bersaiz lebih 38,000 kilometer (km) persegi, bertujuan untuk memperoleh kira-kira 8,000km data seismik 2D baharu bagi menyediakan data seismik berkualiti tinggi untuk menjangka sasaran pratertiari.

Lembangan Langkasuka terletak kira-kira 30km dari Pulau Pinang. – BERNAMA
https://www.bharian.com.my/berit ... r-bumi-rm100-bilion

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Perhimpunan Benci Rasuah 'flop', tak sampai seribu dik
maklukpenggodaPerhimpunan Benci Rasuah 'flop',
Views : 7902 Replies : 21
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25885 Replies : 277
Anak ramai, rezeki atau musibah?
maklukpenggodaAnak ramai, rezeki atau musibah?
Views : 5220 Replies : 3
5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayangan Malaysia
Raline5 jelitawan bujang ‘terlajak’ kesayang
Views : 4058 Replies : 9
Kondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri (Shu as it SHU!). KANTOI gambar kat PD cilok dari Pinterest!
Parit.HiltonKondo RM120 sebulan untuk Shuhada Shukri
Views : 115939 Replies : 1038
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 4344 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188603 Replies : 8469

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 04:31 AM GMT+8 , Processed in 0.055017 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list