CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5190|Reply: 0

Pemain United keluarkan surat mahu bangkit semula

[Copy link]
Post time 27-5-2024 12:06 PM | Show all posts |Read mode

SURAT berkenaan turut ditandatangani oleh Ten Hag. FOTO AFP

London: Bintang Manchester United yang memenangi Piala FA berikrar untuk 'mencipta perkara yang hebat' pada masa akan datang ketika pengurus, Erik ten Hag sedang menunggu untuk mengetahui sama ada beliau akan dipecat.

Ten Hag menuju ke final Piala FA Sabtu lalu menentang Manchester City digegarkan dengan laporan bahawa beliau akan dipecat tanpa mengira keputusan di Wembley.

Pemilik bersama United, Jim Ratcliffe dan orang kanannya dilaporkan menghubungi beberapa calon berpotensi untuk menggantikan Ten Hag selepas penamat Liga Perdana Inggeris (EPL) terburuk kelab itu sejak 1990.

Bagaimanapun, Ten Hag memberi Ratcliffe keputusan untuk difikirkan semula kerana taktikal yang dilakukannya mengilhamkan kemenangan 2-1 yang menggagalkan usaha City untuk memenangi dua kejuaraan EPL dan Piala FA secara berturut-turut.


United menjulang Piala FA buat kali pertama dalam tempoh lapan tahun hasil jaringan tonggak remaja Alejandro Garnacho dan Kobbie Mainoo, memberikan Ten Hag dua trofi dalam kendaliannya yang bergelora selama dua tahun.

Sama ada itu akan mencukupi untuk mendapatkan penangguhan pelaksanaan ia masih belum diketahui, dengan United bersedia untuk menjalankan semakan musim sebelum memutuskan nasib Ten Hag.

Pemain United menunjukkan sokongan mereka kepada Ten Hag dengan kemenangan cemerlang mereka ke atas City, sebelum memeluk bekas bos Ajax itu dengan mesra semasa sambutan selepas perlawanan.

Semalam skuad skuad utama 28 pemain itu mengeluarkan surat - juga ditandatangani oleh Ten Hag - di laman web kelab, mengakui musim ini 'tidak cukup baik' kerana mereka berhasrat membina momentum hasil kejayaan di Wembley yang tidak dijangka.

"Kita semua tahu bahawa kelab ini istimewa. Perlawanan semalam (kelmarin) adalah satu lagi peringatan mengenai itu," kata surat berkenaan.

"Ketika kami berjuang untuk memenangi Piala FA, suasana luar biasa yang anda jana di dalam Wembley membantu meningkatkan permainan kami.

"Meraikan semua bersama adalah indah. Peminat, kakitangan, pemain - semuanya bersatu sebagai satu pasukan. Kenangan itu akan kekal bersama kita selamanya.

"Ia adalah peringatan selanjutnya bahawa dengan sokongan anda di belakang kami, dan lencana United di dada kami, kami boleh mencapai perkara yang hebat."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... mahu-bangkit-semula
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.032538 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list