CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3107|Reply: 0

[Perlis] KPM sedia garis panduan tangani isu gangguan seksual murid

[Copy link]
Post time 23-5-2024 02:29 PM | Show all posts |Read mode
KPM sedia garis panduan tangani isu gangguan seksual murid


Noorazura Abdul Rahman
[email protected]



FADHLINA (kiri) ketika ditemui pada Majlis Pengisytiharan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hussein. FOTO Noorazura Abdul Rahman





Arau: Kementerian Pendidikan (KPM) mempunyai garis panduan bagi menangani isu gangguan seksual dalam kalangan murid terutama dalam isu pemulihan emosi mangsa kes berkenaan.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, sehubungan itu, kementerian mahu semua sekolah mengambil perhatian terhadap isu berkenaan serta menggunapakai garis panduan itu.

"Ia juga perlu ditangani dengan pembabitan semua pihak.

"Selain itu, kita juga memperkukuhkan guru kaunseling untuk membantu dan memberi sokongan psikososial kepada anak-anak ini tapi yang penting kita harus memastikan sekolah ini selamat.

"Kedua mereka mempunyai platform yang boleh dipercayai untuk berkongsi isu (kejadian) ini maknanya yang paling penting adalah apa tindakan sekolah apabila mendapat tahu ataupun dimaklumkan mengenai kejadian itu," katanya ketika ditemui pada Majlis Pengisytiharan nama Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Hussein di sini, hari ini.

Majlis pengisytiharan itu disempurnakan Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Dr Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Turut hadir Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Fadlina berkata, bagi menangani isu itu, kementerian dengan kerjasama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said turut mengadakan beberapa konvensyen bagi mengatasi isu gangguan seksual di peringkat sekolah.

Katanya, ia bagi memperkasakan dari segi undang-undang termasuk garis panduan serta pengurusan di peringkat sekolah.

Sebelum ini media melaporkan masalah kesihatan mental dalam kalangan kanak-kanak dilihat semakin membimbangkan dan perlu ditangani selepas banyak kes jenayah seks membabitkan kanak-kanak bawah umur direkodkan kebelakangan ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain dilapor berkata, perkembangan ini menimbulkan kebimbangan banyak pihak termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).



Disiarkan pada: Mei 23, 2024 @ 1:51pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 05:03 AM GMT+8 , Processed in 0.039757 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list