CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19528|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan bincang dengan UM tubuh fakulti undang-undang di Sarawak

[Copy link]
Post time 22-5-2024 09:55 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari tiba untuk menghadiri Sesi Townhall di Universiti Malaya, Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Pejabat Premier Sarawak

KUCHING: Kerajaan Sarawak dalam perbincangan dengan Universiti Malaya (UM) untuk universiti tersebut menubuhkan fakulti undang-undang di negeri ini.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, fakulti sedia ada di Kuala Lumpur tidak merangkumi subjek undang-undang berkaitan Sarawak seperti Hak Adat Bumiputera (NCR) dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

"Saya mengutarakan supaya diwujudkan fakulti undang-undang, tetapi kita tidak ada pengaruh yang kuat di universiti awam, berbeza dengan Universiti Swinburne yang dipunyai oleh kerajaan Sarawak sendiri.

"Jadi saya sebagai Pengerusi Swinburne Sarawak mencadangkan ditawarkan pengajian undang-undang yang ada di Sarawak, termasuk NCR selama dua tahun di Swinburne.

"Kalau saya minta UM tawarkan, ia perlu melalui banyak pihak dan belum tentu dapat dilaksanakan, tetapi sekarang UM merisik-risik untuk tubuhkan fakulti undang-undang di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa Sesi Townhall anjuran Persatuan Mahasiswa Sarawak di Auditorium Fakulti Perniagaan dan Ekonomi UM di Kuala Lumpur, hari ini.

Hadir sama Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi, Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki, Peguam Besar Negeri Sarawak Datu Saferi Ali, Naib Canselor UM Dr Noor Azuan Abu Osman serta yang lain.

Abang Johari berkata, undang-undang seperti MA63, Suruhanjaya Cobbold, Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) termasuk undang-undang berkaitan tradisi Sarawak seperti NCR, juga perlu dipelajari.


Abang Johari (duduk empat kanan) merakamkan kenangan bersama peserta Sesi Townhall di Universiti Malaya, Kuala Lumpur hari ini. - Gambar Pejabat Premier Sarawak

"Sekarang ini kita dalam perbincangan dengan UM untuk adakan pengajian undang-undang dua tahun di sini (Sarawak) dan dua tahun di sana (Kuala Lumpur).

"Kita juga perlukan peguam yang bagus yang boleh menganalisis perkara-perkara yang baharu dan boleh bantu kami dalam kerajaan merangka undang-undang baharu," katanya.

Kata Abang Johari lagi, kursus undang-undang juga perlu berubah mengikut perkembangan dan kemajuan semasa.

Sebagai contoh katanya, Sarawak kini memerlukan ramai pakar keselamatan siber dan pengamal undang-undang perlu memperkemaskan diri mereka dengan perkara-perkara baharu tersebut.

Terdahulu dalam ucaptamanya pada Sesi Townhall itu, Abang Johari berkongsi mengenai inisiatif-inisiatif kerajaan Sarawak dalam membangunkan negeri ini ke arah mencapai status negeri maju berpendapatan tinggi pada 2030.

Antara perkara yang disentuh oleh Abang Johari ialah usaha mengembalikan hak-hak Sarawak yang terhakis dalam MA63, Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 serta tenaga hijau.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196704 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156
Uji Minda :)
yoanaUji Minda :)
Views : 90334 Replies : 632
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30434 Replies : 184
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30569 Replies : 165
(QUIZ) Which Disney Princess Are You Based on What You Eat?
Ladyreverie(QUIZ) Which Disney Princess Are You Bas
Views : 26599 Replies : 99

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 12:22 AM GMT+8 , Processed in 0.055586 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list