CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2587|Reply: 0

[Sarawak] Kerajaan Sarawak giat rapatkan jurang pembangunan

[Copy link]
Post time 22-5-2024 08:29 PM | Show all posts |Read mode
Termasuk pertingkat infrastruktur, kesihatan, pendidikan, jalur lebar, liputan Internet dan digital



Dennis (dua kiri) berjabat dengan Uggah semasa menyampaikan cenderamata sambil disaksikan (dari kanan) Chukpai, Gerawat dan Lee (empat kanan).

MIRI: Kerajaan Sarawak pimpinan Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kini memberi tumpuan khusus untuk merapatkan jurang pembangunan di antara kawasan bandar dan luar bandar.

Usaha ini termasuk memperbaiki dan mempertingkatkan pembangunan infrastruktur, akses kepada penjagaan kesihatan, peluang-peluang pendidikan, memperluaskan rangkaian jalur lebar, liputan Internet dan perkhidmatan-perkhidmatan digital kepada masyarakat di luar bandar.   

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas memberitahu, Premier Sarawak tidak pernah meminggirkan kawasan luar bandar sebagaimana yang didakwa sesetengah pihak dan pemimpin GPS katanya, perlu memberikan maklumat yang tepat kepada rakyat, khususnya di luar bandar.

"Strategi kita ke arah 2030, iaitu untuk memastikan Sarawak menjadi sebuah negeri yang maju dan memiliki kestabilan dari setiap aspek dengan pembangunan sosioekonomi yang mampan," katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Perayaan Hari Gawai Bahagian Miri 2024 di sebuah hotel di sini, malam tadi.

"Fokus utama Premier kita pada masa ini ialah pembangunan sosioekonomi mampan kerana beliau tahu kita di luar bandar masih ketinggalan dalam banyak bidang, sama ada pengangkutan mahupun infrasruktur dan sebagainya.

"Oleh kerana itu dalam Bajet 2023, beliau memperuntukkan RM4.540 bilion bagi pembangunan luar bandar dan dalam Bajet 2024 pula, memperuntukkan 63 peratus atau RM5.695 bilion (untuk pembangunan luar bandar)," katanya.

Malah ujar Uggah, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12), sebanyak RM44.28 bilion telah diluluskan untuk pembangunan infrastruktur di luar bandar negeri ini, yang melibatkan projek pembinaan dan menaik taraf jalan serta jambatan.

Beliau menegaskan apa yang dinyatakannya bukanlah satu retorik semata-mata tetapi merupakan ketelusan polisi kerajaan GPS yang positif dan mengutamakan rakyat.

Ini dibuktikan dengan penubuhan lapan koridor pembangunan wilayah di luar bandar Sarawak, dengan setiap satunya menerima RM1.5 bilion bagi tujuan pembangunan fizikal dan program sosioekonomi.

Bagi bahagian Miri, Agensi Pembangunan Tanah Tinggi (HDA) yang dipengerusikan sendiri oleh Uggah, menyaksikan peruntukan pembangunan berjumlah RM750 juta untuk setiap kawasan (masing-masingnya bagi DUN Mulu dan Telang Usan) manakala DUN Marudi menerima RM630 juta.

"Saya sudah lama berpolitik, dari 1986, tidak pernah dalam sejarah, saya melihat dan menyaksikan satu kawasan (DUN) diberi peruntukan sebanyak RM750 juta.
"Dalam HDA ini juga kita telah meluluskan sebanyak 51 projek rakyat dan ia adalah tanggungjawab saya untuk memastikan kesemua 51 projek disiapkan dengan segera, kerana kita mahu menyaksikan kehidpan rakyat kita tidak lagi ketinggalan," tambahnya.

Mengenai sambutan perayaan Hari Gawai Bahagian Miri, pada tahun ini, Uggah turut melahirkan rasa gembira dengan kerjasama 12 pertubuhan Dayak di bahagian ini yang diketuai oleh Persekutuan Persatuan Orang Ulu Sarawak, Malaysia (FORUM) selaku hos pada tahun ini.
  
"Kerjasama dan perpaduan yang utuh ini menunjukkan bahawa 'apa yang kita mahu, kita boleh buat'," katanya.

Uggah juga melahirkan sokongan beliau terhadap usaha penganjur, dalam memberikan insentif pendidikan dan galakan kepada anak-anak kaum Dayak, untuk menyerlah dalam pendidikan, kerana memahami bahawa cabaran-cabaran yang akan dihadapi pada masa depan, hanya dapat ditangani dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan yang diperolehi.

"Insentif anda memberi galakan kepada anak-anak kaum Dayak untuk berusaha keras dalam pendidikan dan mempelajari pelbagai kemahiran serta mendapatkan ilmu pengetahuan sebanyak mungkin.

"Ini kerana kita masyarakat Dayak tidak ada pilihan selain memiliki pengetahuan dan kemahiran untuk membolehkan kita mengadaptasi teknologi yang semakin menguasai dunia masa depan. Tahniah FORUM atas usaha dan galakan yang anda berikan kepada anak-anak kita kaum Dayak," tambah beliau.

Turut hadir isteri Uggah, Datuk Doreen Mayang, Menteri Pengangkutan Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Datuk Sebastian Ting, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Datuk Gerawat Gala yang juga penaung jawatankuasa penganjur, Timbalan Menteri Perumahan, Kesihatan Awam dan Kerajaan Tempatan Datuk Dr Penguang Manggil yang juga penasihat jawatankuasa penganjur, ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii dan ADUN Murum merangkap Presiden FORUM dan penasihat jawatankuasa penganjur Kennedy Chukpai Ugon serta ADUN Marudi merangkap pengerusi jawatankuasa penganjur Dato Dennis Ngau.

Pada majlis tersebut, Uggah mengumumkan peruntukan RM50,000, Gerawat sebanyak RM15,000, Lee, Sebastian, Penguang dan Chukpai masing-masing RM10,000 dan Yii RM5,000.  


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74296 Replies : 2984
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73366 Replies : 315
Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "saya kecewa dengan prestasi kerja kamu". Apa yang korang nak jawab?
admin6Semasa meeting boss tiba-tiba cakap "say
Views : 4144 Replies : 4
Novel yang berbekas di hati anda
fahdramliNovel yang berbekas di hati anda
Views : 57323 Replies : 183
Tiru meniru time skolah
XimTiru meniru time skolah
Views : 14385 Replies : 84
Jangan ketawa!
akuchentaJangan ketawa!
Views : 9917 Replies : 52
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16536 Replies : 51
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7865 Replies : 57
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196805 Replies : 4558
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23791 Replies : 156

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 01:39 AM GMT+8 , Processed in 0.047986 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list