CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3767|Reply: 0

Indonesia halangan terbesar Harimau Malaya di Piala AFF

[Copy link]
Post time 22-5-2024 04:17 PM | Show all posts |Read mode

MISI Pan-gon di AFF. -FOTO FAM

Kuala Lumpur: Indonesia bakal menjadi penghalang buat skuad Harimau Malaya apabila dijangka kedua-dua pasukan akan bertemu di separuh akhir saingan Piala AFF, hujung tahun ini.

Berdasarkan perkiraan, anak buah Kim Pan-gon dijangka mampu melepasi peringkat Kumpulan A sebagai naib juara di belakang Thailand yang kini menghuni tangga 101 dunia ketika Malaysia di kedudukan 138 dunia.

Skuad Garuda yang kini berada di tahap terbaik menerusi kejayaan pasukan senior dan bawah 23 (B-23) melangkah ke pusingan kalah mati Piala Asia di Qatar pada Januari dan April lalu dianggap pilihan untuk menjuarai Piala AFF kali ini.

Malah peningkatan mendadak ranking dunia Indonesia yang menghuni tangga 134 ketika ini dijangka mengungguli Kumpulan B saingan serantau itu untuk menempah pertemuan dengan skuad Harimau Malaya.

Lantas, pasukan kendalian Pan-gon harus bersedia mengharungi aksi itu jika pertembungan itu menjadi kenyataan di mana aksi timbal balik khususnya di Jakarta pastinya berlangsung 'panas' di luar mahupun di dalam stadium.

Menyedari ujian getir itu, Pan-gon akui akan cuba membariskan skuad terbaik bagi menghadapi saingan itu yang juga kejohanan keduanya di Piala AFF selepas terkandas di separuh akhir pada edisi 2022 lalu di tangan Thailand dengan agregat 1-3.

"Kami akan cuba dapatkan pemain-pemain terbaik untuk membina satu skuad yang mantap untuk memberikan saingan dalam kejohanan ini," katanya selepas majlis undian di Hanoi, Vietnam.

Begitupun hasrat itu bukan mudah kerana Piala AFF dijadual berlangsung di luar kalendar Fifa dari 23 November hingga 21 Disember sekali gus membolehkan kelab tidak melepaskan pemain ke saingan itu biarpun mungkin kempen Liga Malaysia berhenti rehat seketika.

Lebih memeritkan kejohanan serantau itu bertindih dengan saingan kelab Asia iaitu Liga Juara-Juara Asia Elite (ACL Elite) dan Liga Juara-Juara Asia II (ACL II) babitkan pasukan Johor Darul Ta'zim serta Selangor FC.

Semakan mendapati tarikh perlawanan peringkat kumpulan ACL Elite dan ACL II pada 25-27 November dan 2-4 Disember adalah aksi minggu kelima dan keenam sekali gus Pan-gon terpaksa melupakan khidmat tonggak dari skuad Harimau Selatan dan Red Giants.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... malaya-di-piala-aff
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 03:18 PM GMT+8 , Processed in 0.176595 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list