CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2638|Reply: 0

[Pulau Pinang] 131 pokok di Pulau Pinang risiko reput, tumbang

[Copy link]
Post time 22-5-2024 03:59 PM | Show all posts |Read mode

Mooi Lye (empat dari kiri) ketika melakukan pemantauan pokok-pokok tersebut di Jalan Macalister, hari ini.

GEORGE TOWN – Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) mengenalpasti sebanyak 131 pokok yang dikategorikan sebagai ‘tidak sihat’ dan berisiko mereput di beberapa kawasan di pusat bandar ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jason H’ng Mooi Lye berkata, penilaian risiko pokok tahap ketiga perlu dilaksanakan sebagai langkah pengawalan yang selamat.

Menurutnya, alatan khas iaitu Piscus Sonic Tomograph dan Resistograph akan digunapakai bagi mengenalpasti tahap pereputan dalam batang pokok.

“Dalam kawasan pentadbiran MBPP sahaja, terdapat 314 pokok besar yang berumur lebih 90 tahun masih berdiri ‘megah’.

“Pemeriksaan struktur dalaman batang pokok adalah amat diperlukan agar keselamatan orang awam sentiasa terjamin,” katanya ketika melakukan pemantauan pokok-pokok tersebut di Jalan Macalister di sini, hari ini.

Secara keseluruhannya, terdapat 40,000 pokok di bawah kawasan pentadbiran MBPP dan segala data inventori berkaitan termasuk jenis pokok, lokasi, saiz, status kesihatan serta penyelenggaraan pokok itu disimpan dalam Sistem Inventori Pokok Pulau Pinang (PeTIS) ketika ini.

Daripada jumlah itu pula, sebanyak 15,848 pokok yang berada di tepi jalan dan tanah lapang dengan ukur lilit 0.8 meter ke atas iaitu dalam kawasan MBPP telah diinventori.

Mengulas lanjut, Jason berkata, untuk tahun ini, MBPP telah melantik kontraktor yang mempunyai kepakaran untuk menjalankan kerja-kerja penilaian risiko pokok serta penyelenggaraan di lima kawasan utama iaitu di Jalan Macalister, Jalan Utama, Jalan Burmah, Jalan Kelawai dan Jalan Perak.

“Setakat ini, sebanyak 561 daripada 1,195 pokok telah dilaksanakan kerja-kerja penilaian risiko dan ia dijangka siap menjelang bulan depan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan katanya, terdapat sebanyak 115,706 batang pokok teduhan di bawah penyelenggaraan Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) dengan 96,586 pokok telah diperiksa atau dibuat penandaan di tapak.

Pada tahun ini katanya, sebanyak 23 pokok telah dikenal pasti sebagai pokok berisiko di Seberang Perai. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... siko-reput-tumbang/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-6-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.052922 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list