CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8905|Reply: 0

Al-Hilal mula latihan pra-musim tanpa Neymar

[Copy link]
Post time 22-5-2024 11:04 AM | Show all posts |Read mode

Neymar terpaksa diusung keluar ketika kekalahan 2-0 Brazil kepada Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada 17 Oktober. - Foto AGENSI

RIYADH: Neymar masih belum pulih sepenuhnya selepas pembedahan lutut dan akan terlepas latihan pra-musim bersama juara Liga Pro Saudi, Al-Hilal, kata pengendalinya, Jorge Jesus.

"Apa yang saya tahu Neymar diberikan masa untuk pulih dan kecederaan seperti itu memerlukan tempoh 10 hingga 11 bulan.

"Mengikut perkiraan, dia tidak akan pulih sebelum permulaan latihan pra-musim," kata Jesus.

Neymar menjalani pembedahan di negara asalnya, Brazil pada November lalu selepas cedera ketika aksi antarabangsa sebulan sebelum itu.


Pemain 32 tahun itu terpaksa diusung keluar ketika kekalahan 2-0 Brazil kepada Uruguay dalam aksi kelayakan Piala Dunia pada 17 Oktober, selepas bertembung dengan pemain tengah lawan, Nicolas de la Cruz.

Neymar menyertai Paris Saint-Germain dari Barcelona pada tahun 2017, meledak 118 gol dalam 173 perlawanan walaupun dibelenggu siri kecederaan sepanjang berada di Paris.

Dia kemudian berpindah ke Al-Hilal pada tahun 2023 untuk menyertai barisan pemain Eropah termasuk Cristiano Ronaldo, di Liga Pro Saudi.

Bulan ini namanya tercicir daripada skuad kebangsaan Brazil kendalian Dorival Junior yang akan beraksi di Copa America.

Menurut Jesus, ketiadaan Neymar menjejaskan pasukan, tetapi kehadiran pemain sayap Brazil, Malcom yang meledak 22 gol dalam 46 perlawanan, mengatasi isu berkenaan. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... -musim-tanpa-neymar
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.052477 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list