CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5724|Reply: 0

[Pahang] Bagaimana awak boleh terfikir untuk memasak di stesen minyak – Majistret

[Copy link]
Post time 21-5-2024 04:07 PM | Show all posts |Read mode

Kesemua tertuduh memakai pelitup muka ketika hadir di Mahkamah Majistret Bentong di Bentong hari ini.

BENTONG – “Bagaimana awak semua boleh terfikir untuk memasak di stesen minyak? Awak tak fikir ke di bawah itu ada tangki minyak? Lepas itu muat naik dalam media sosial”.

Itu pertanyaan yang dilempar oleh Majistret Nadhratun Naiem Zainan kepada seorang lelaki dan tiga wanita yang dituduh melakukan aktiviti memasak mi segera menggunakan dapur gas di sebuah stesen minyak di Genting Highlands, seperti yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Dalam prosiding yang berlangsung di Mahkamah Majistret Bentong hari ini tertuduh yang juga ejen hartanah, Nur Azira Azman, 23; Fadhli Zil Ikram Sazalin Isran (peniaga kedai makan), Nur Fatin Irdina Shahrulnizam (pegawai khidmat pelanggan) dan Nur Anis Salleh (pembantu pergigian) masing-masing berusia 24 tahun dituduh di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Akta sama.

Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut dan meminta agar denda dapat dikurangkan kerana masing-masing perlu menanggung ibu bapa dan adik-beradik selain ia merupakan kesalahan pertama mereka.

Kesemua tertuduh yang berasal dari Melaka kemudiannya dikenakan hukuman denda RM500.

Dalam prosiding tersebut tertuduh pertama, Fadhli Zil Ikram mengakui kesilapan tersebut dan memberitahu mahkamah pada awalnya mereka merancang untuk memasak di tempat lain namun sudah penuh.

Justeru itu, mereka bertindak memasak di kawasan stesen minyak berkenaan dan beranggapan tempat mereka memasak itu adalah jauh dari ‘nozel’ minyak dan ia berada di laluan ke tandas.

Sementara tertuduh kedua, Nur Fatin Irdina berkata, perbuatan tersebut adalah secara rawak kerana mereka telah lapar tanpa memikirkan bahaya yang timbul di kawasan stesen minyak berkenaan.

Mengikut kertas pertuduhan kesemua tertuduh bersama-sama dalam mencapai niat bersama kira-kira pukul 1.30 pagi pada 12 Mei lalu  telah bertindak memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan sebuah stesen minyak di Genting Highlands.

Perbuatan tersebut disifatkan sebagai gopoh kerana telah membahayakan keselamatan dan nyawa orang lain.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Zamharir Muhammad Zuhid, manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam. – KOSMO! ONLINE

https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... n-minyak-majistret/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 01:28 AM GMT+8 , Processed in 0.352389 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list