CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10223|Reply: 0

Ten Hag mahu trofi Piala FA buat penyokong

[Copy link]
Post time 20-5-2024 10:23 AM | Show all posts |Read mode

TEN Hag bersama Diogo Dalot selepas tamat perlawanan di Brighton.

Brighton, United Kingdom: Erik ten Hag berkata, Manchester United perlu melakukan apa sahaja untuk menghargai kesetiaan penyokong mereka dengan menjuarai Piala FA.

Walaupun United menang 2-0 di Brighton pada hari terakhir kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam, ia hanya cukup meletakkan mereka di tangga kelapan, kedudukan terburuk sejak menduduki tangga ke-13 ketika dikendalikan Alex Ferguson pada 1990.

Harapan layak ke Eropah kini bergantung kepada United yang perlu menewaskan Manchester City pada final Piala FA hujung minggu depan.

Keputusan di Wembley juga mungkin menjadi penentu masa depan Ten Hag di Old Trafford.


United mempunyai perangsang tambahan untuk cuba menafikan City satu lagi trofi domestik selepas skuad Pep Guardiola meraih gelaran liga keempat berturut-turut semalam.

Namun jika Piala FA menjadi milik United, mereka tetap dibayangi rekod buruk saingan liga apabila juara 20 kali itu tewas 14 kali dan berakhir dengan perbezaan gol negatif.

Pengurus United Ten Hag berterima kasih kepada sokongan padu penyokong selepas jaringan lewat Diogo Dalot dan pemain gantian Rasmus Hojlund memastikan aksi terakhir Roberto De Zerbi sebagai pengurus Brighton berakhir dengan kekalahan.

"Kami mempunyai penyokong terbaik di dunia dan mengagumi mereka," kata Ten Hag yang skuadnya berdepan krisisi kecederaan musim ini. ,

"Saya tak pernah mengalami pengalaman ini apabila anda mempunyai musim seperti kami yang tidak cukup bagus tetapi penyokong tetap bersama kami."

Pengendali berusia 54 tahun itu menambah: "Mereka bersama kami pada musim yang teruk dan saya dapat rasakan mereka tahu mengapa situasi itu berlaku.

"Tetapi kami perlu membayar kembali kesetiaan mereka dengan melakukan apa sahaja untuk merampas trofi minggu depan. Malah untuk musim, kami perlu beraksi sebaik mungkin."
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-fa-buat-penyokong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-10-2024 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.049149 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list