CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23447|Reply: 0

[Terengganu] Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian

[Copy link]
Post time 17-5-2024 12:34 AM | Show all posts |Read mode
Pelancong Jerman lemas di Pulau Perhentian


BERNAMA



PULAU Perhentian, gambar hiasan. FOTO NSTP



Kuala Besut: Seorang pelancong wanita warga Jerman lemas semasa mandi di Pulau Perhentian petang tadi.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Khairi Khairuddin berkata, insiden berlaku ketika Dr Loosen- Freiling Iris, 74, mandi bersama suaminya di pulau peranginan itu pada kira-kira 3.30 petang.

Beliau berkata, suami mangsa, yang juga warga Jerman, telah menarik mangsa ke pantai dengan bantuan orang awam sebaik menyedari isterinya lemas.

"Mangsa telah diberikan bantuan kecemasan awal namun tidak berjaya dan dikejarkan ke Klinik Kesihatan Pulau Perhentian namun disahkan telah meninggal dunia," menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Mohd Khairi berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat dan siasatan awal polis mendapati tiada unsur jenayah.

Kes diklasifikasi sebagai mati mengejut.



Disiarkan pada: Mei 17, 2024 @ 12:19am






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:16 PM GMT+8 , Processed in 0.167573 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list