View: 2814|Reply: 8
|
USM Berjaya Bangunkan Bahan Asas Pembuatan LED
[Copy link]
|
|
GEORGE TOWN: Kejayaan dua penyelidik universiti Sains Malaysia (USM)membangunkan 'Nitrida 3' bakal menjadikan Malaysia sebagai pengeluar utama bahan asas pembuatan diod pemancar cahaya (LED).
Dekan Pusat Pengajian Sains Fizik Profesor Zainuriah Hassan berkata penyelidikan bersama Profesor Haslan Abu Hassan sejak 2002 itu dijangka siap lima tahun lagi.
"Bahan asas itu (Nitrida 3) bukan sahaja tahan lasak berbanding bahan lain, malah menjimatkan serta jangka hayatnya adalah lebih panjang, iaitu selama 20 tahun berbanding lampu biasa," katanya pada sidang akhbar di sini Jumaat.
Beliau berkata pihaknya menggunakan silikon kerana ia lebih murah berbanding nilam, iaitu bahan asas yang biasa digunakan untuk membuat LED.
Zainuriah berkata rakyat Malaysia berpeluang memiliki peralatan elektronikberasaskan LED seperti televisyen, lampu dan cakera padat ‘blue ray’ pada harga40 peratus lebih murah jika Nitrida 3 dapat dihasilkan dan menjadi bahan asas pembuatan LED.
"Orang ramai juga dapat menonton filem kegemaran mereka dengan hanya menggunakan cakera padat sebesar wang 50 sen dengan teknologi cahaya ungu dan menjimatkan elektrik menerusi penggunaan lampu LED," katanya.
Sementara itu, Haslan berkata Nitrida 3 juga boleh digunakan secara komersial termasuk dalam bidang komunikasi bawah laut serta ketenteraan sebagai alat pengesan musuh.
"Bagi kegunaan sebagai alat pengesan cahaya dan alat penyerap gas berbahaya, ia sedang dalam proses pembungkusan, dan kajian ini memerlukan jangka masa panjang kerana kos untuk menjalankan penyelidikan ini agak tinggi," katanya.
Beliau berkata pihaknya menggunakan geran penyelidikan daripada kerajaan sebanyak RM22 juta bagi membangunkan makmal canggih, Nano-Optoelectronics Research and Technology Laboratory atau lebih dikenali sebagai NOR LAB. - BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
bercahaya la usm nnti ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
gile bab...geran 22 juta...:re:
nk apply 100 ribu pun x dpt2.... |
|
|
|
|
|
|
|
gile bab...geran 22 juta...:re:
nk apply 100 ribu pun x dpt2.... |
|
|
|
|
|
|
|
bagusler gran berjuta2 dpt gak hasilnya ![](static/image/smiley/default/lol.gif)
btw hasil penyelidikan bkl naikkan ranking USM tak lame lagik![](static/image/smiley/default/loveliness.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bagusler gran berjuta2 dpt gak hasilnya
btw hasil penyelidikan bkl naikkan ranking USM tak ...
dauswq Post at 28-3-2011 22:16 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
duit mmg x jadi mslh...tp keje thp gaban la nk siap kn project mega nie...kesian pnsyarah usm ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
duit mmg x jadi mslh...tp keje thp gaban la nk siap kn project mega nie...kesian pnsyarah ...
chewan Post at 28-3-2011 22:18 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
jom wat penyelidikan tak lame lagik
pastu mintak grant besar2
tgk leh dpt ker tak?![](static/image/smiley/default/lol.gif)
kena taraf prof dulu kot.... |
|
|
|
|
|
|
|
jom wat penyelidikan tak lame lagik
pastu mintak grant besar2
tgk leh dpt ker tak?
ken ...
dauswq Post at 28-3-2011 22:24 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
x semestinya...trend gov skrg..projek ko mesti yg boleh d komersialkan...ada satu lecturer lulusan master jer dpt grant juta2 sbb dia wt research pasal remove pollution through catalyst- dlm bidang advance material ...masa gi intrview utk apply mmg kena kaw2 explain ![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
bes bes......![](static/image/smiley/default/pompom.gif)
ku teruja rasanya nak cont study dlm renewable energy......tapi x tau biler....adehhhh |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|