CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1095|Reply: 0

[Johor] 'Dakwaan kasino di Forest City sekadar ulangan persepsi negatif 2018' - MB Johor

[Copy link]
Post time 13-5-2024 11:18 AM | Show all posts |Read mode

Dakwaan Forest City diberi kelulusan untuk pembangunan kasino, adalah fitnah liar dan dakwaan tidak benar sama sekali - Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi

ISKANDAR PUTERI: Dakwaan Forest City di sini, diberi kelulusan untuk pembangunan kasino, adalah fitnah liar dan dakwaan tidak benar sama sekali.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi, sekali lagi menegaskan ia sekadar persepsi jahat yang ditimbulkan bagi menggagalkan pembangunan Forest City yang akan dijadikan Zon Kewangan Khas (SFZ).

"Saya ingin menyentuh berkaitan cadangan pembinaan kasino di Forest City, ingin saya tegaskan sekali lagi berita berkenaan adalah fitnah liar dan tidak benar sama sekali.

"Ia tak ubah umpama bau busuk tidak berbangkai atau rantai besi dimakan bubuk. Ia juga fitnah yang tidak masuk akal sekali melainkan hanya berunsurkan niat jahat untuk mencemarkan imej Forest City.


"Ia juga mengulangi persepsi negatif untuk gagalkan Forest City yang dilakukan pihak tertentu seperti 2018 dengan pelbagai hasutan dan fitnah," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan pada Persidangan Ketiga DUN Johor ke-15, di Bangunan Sultan Ismail, di sini, hari ini.

Terdahulu, Liow Cai Tung (DAP-Johor Jaya) bertanya kesahihan laporan berita beberapa media antarabangsa mengenai sama ada kerajaan negeri memberi kelulusan untuk pembangunan pusat kasino di Forest City.

Pada 25 April lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan menafikan kerajaan akan meluluskan sebuah lagi kasino berlesen di Forest City, Johor.

Perdana Menteri dilaporkan turut menyatakan bahawa laporan media yang memetik sumber, bahawa terdapat rancangan untuk membuka kasino berlesen kedua itu adalah tidak betul.

Sebelum ini, Bloomberg dengan memetik sumber, melaporkan Perdana Menteri bertemu dengan dua hartawan terkemuka minggu lalu bagi membincangkan rancangan membuka kasino di Forest City.

Laporan itu mendakwa Anwar, pegawai kanan kerajaan dan ahli perniagaan mengadakan makan tengah hari dan mesyuarat mengenai kemungkinan memberikan lesen kasino kedua Malaysia.

Menurut laporan itu, turut berada pada mesyuarat itu ialah Pengasas dan Penasihat Berjaya Corporation Berhad, Tan Sri Vincent Tan dan bekas Pengerusi serta Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Genting Hong Kong Ltd, Tan Sri Lim Kok Thay.

Dalam pada itu, Onn Hafiz yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Machap turut menasihatkan segelintir pihak yang suka menabur fitnah supaya insaf dan membuat perkara lebih bermanfaat.

"Pada mereka (pemfitnah) suka saya nasihatkan cukup-cukuplah. Insya-Allah dengan sokongan padu kerajaan Persekutuan di bawah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekarang adalah masa terbaik untuk kita kembali membangunkan Forest City.

"Ia (pembangunan Forest City) akan beri manfaat langsung dan tak langsung kepada Bangsa Johor dan Malaysia," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... rsepsi-negatif-2018

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:13 AM GMT+8 , Processed in 0.058712 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list