CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8344|Reply: 0

Ancelotti tiada masa fikir soal Mbappe

[Copy link]
Post time 12-5-2024 01:41 PM | Show all posts |Read mode

Pengendali Real Madrid, Carlo Ancelotti (kiri) enggan mengulas berkenaan spekulasi perpindahan Kylian Mbappe. 0 Foto REUTERS



BARCELONA: Juara Sepanyol, Real Madrid membelasah Granada 4-0 bagi memulakan pesta meraikan kejuaraan La Liga.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti akan melakukan perarakan trofi di ibu kota Sepanyol hari ini dan hanya menurunkan pemain-pemain simpanan pada aksi menentang Granada.

Brahim Diaz meledak dua gol dengan Fran Garcia dan Arda Guler turut menemui sasaran untuk Madrid, yang menewaskan Bayern Munich pada separuh akhir Liga Juara Eropah untuk mara ke final.

Los Blancos mengesahkan gelaran Sepanyol ke-36 hujung minggu lalu dengan empat perlawanan berbaki, tetapi memilih untuk tidak meraikannya bagi memberi tumpuan kepada pertembungan dengan Bayern.


Dua gol lewat permainan oleh Joselu memastikan kemenangan buat Madrid, dan bertemu Granada, hanya Antonio Rudiger kekal dalam kesebelasan utama daripada skuad yang menewaskan Bayern.

"Matlamatnya adalah untuk hadir dengan skuad terkuat pada aksi final, dan kami akan melakukannya," kata Ancelotti.

Selepas penyerang Paris Saint-Germain, Kylian Mbappe pada Jumaat lalu mengesahkan akan meninggalkan kelab Perancis berkenaan akhir musim ini, peminat Madrid beranggapan dia akan menyertai gergasi Sepanyol itu.

Bagaimanapun Ancelotti enggan mengesahkan perkara berkenaan dan berkata, dia hanya memikirkan tentang final di London.

"Ia bukan topik yang saya fikirkan sekarang. Kami perlu meraikan keyaaan dengan peminat esok dan sehingga 1 Jun, anda tahu apa yang kami perlu fikir," katanya.

Granada, di tangga ke-19, sudah tersingkir daripada La Liga sebelum sepak mula apabila Mallorca menewaskan Las Palmas. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-fikir-soal-mbappe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 03:33 AM GMT+8 , Processed in 0.051428 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list