CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7955|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Enam sekeluarga terbabit nahas, seorang maut

[Copy link]
Post time 11-5-2024 05:01 PM | Show all posts |Read mode

Seorang wanita maut apabila kereta yang dipandunya membawa suami serta empat anak terbabit nahas di kilometer tujuh, Jalan Bahau-Batu Kikir, di sini, awal pagi tadi. -Foto PDRM

JEMPOL – Seorang wanita maut apabila kereta yang dipandunya membawa suami serta empat anak terbabit nahas di kilometer tujuh, Jalan Bahau-Batu Kikir, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.11 pagi itu, wanita berusia 41 tahun itu memandu kereta jenis Proton Iswara dalam perjalanan dari Kajang hendak ke Bandar Baru Serting.

Menurutnya, turut berada dalam kenderaan ialah suami yang berusia 40 tahun di bahagian penumpang hadapan dan empat orang anak masing-masing berusia 13, 12,10 dan enam tahun.

“Setiba dilokasi kejadian, pemandu kereta tersebut dipercayai telah hilang kawalan lalu terbabas ke kanan jalan dan kemudianya melanggar tunggul pokok yang berada dibahu jalan.

“Akibat daripada kemalangan ini, pemandu kereta tersebut telah meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di kepala serta patah kaki kiri,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Chang Hook berkata, suami dan kanak-kanak tersebut pula dikejarkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Menurutnya, mayat dihantar ke Hospital Jempol bagi proses bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1), Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sehubungan itu, polis meminta agar saksi kejadian yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Muhammad Imran Sharwandy Suwandi Yazid ditalian 012-6434489 bagi membantu siasatan.-KOSMO!ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... nahas-seorang-maut/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-5-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.184433 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list