CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4921|Reply: 0

Sejarah buruk bola sepak negara: Kelab Penyokong TFC

[Copy link]
Post time 9-5-2024 05:43 PM | Show all posts |Read mode

Peminat mendoakan Akhyar Rashid (tengah) segera pulih daripada kecederaan dialami ketika disamun baru-baru ini. - Foto NSTP/Ghazali Kori

KUALA TERENGGANU: "Ini sejarah buruk buat bola sepak negara," kata Presiden Kelab Penyokong Bolasepak Terengganu FC, Mohd Isa Che Ariffin.

Beliau berkata demikian merujuk kepada insiden dua pemain skuad kebangsaan, Akhyar Rashid dan Faisal Halim yang menjadi mangsa keganasan pihak tidak bertanggungjawab sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Akhyar yang baru menyarung jersi Terengganu FC (TFC) pada musim ini secara pinjaman daripada Johor Darul Ta'zim (JDT), dipukul dan disamun berdekatan kondominium kediamannya di bandar Kuala Terengganu pada malam Khamis lalu sehingga menyebabkan dia menerima enam jahitan di kepala dan kaki.

Tiga hari berselang, Faisal yang kini menyarung jersi Selangor FC, menjadi mangsa simbahan asid sulfurik pekat sehingga menyebabkan beberapa anggota badannya termasuk muka melecur tahap empat.

Selepas dua insiden itu, pemain JDT, Safiq Rahim pula diserang dua lelaki menaiki motosikal yang memecahkan cermin bahagian belakang keretanya menggunakan tukul besi di Johor Bahru, malam kelmarin.

"Insiden yang berlaku kepada Akhyar dan Faisal tidak pernah berlaku kepada mana-mana pemain tempatan sebelum ini.

"Sejujurnya kami semua penyokong begitu terkejut dan berdukacita di atas apa yang berlaku kepada pemain tonggak kebangsaan itu.

"Berdasarkan kecederaan dialami terutama Faisal yang terpaksa berehat panjang, hasrat untuk membantu pasukan negara dalam baki perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 menentang Kyrgyzstan pada 6 Jun dan Taiwan pada 11 Jun depan berkecai.

"Jadi kami para penyokong berharap pihak polis dapat melakukan siasatan secara terperinci bagi memastikan pelaku terhadap tiga pemain itu dapat dibawa ke muka pengadilan.

"Pada masa sama semua pemain perlu lebih berhati-hati apabila keluar dari rumah selain tidak berkeseorangan bagi memastikan keselamatan terjamin, semoga Akhyar dan Faisal cepat sembuh," kata Mohd Isa.
https://www.bharian.com.my/sukan ... kelab-penyokong-tfc
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199105 Replies : 4661
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11652 Replies : 7
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 2020 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 9381 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.059485 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list