CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3947|Reply: 0

[Johor] 4 pegawai kastam tidak mengaku salah ambil dadah

[Copy link]
Post time 8-5-2024 01:48 PM | Show all posts |Read mode

TIGA daripada empat pegawai kastam ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Batu Pahat hari ini atas pertuduhan mengambil dadah 28 April lalu.

BATU PAHAT – Tiga pegawai serta seorang Pembantu Penguasa dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menggunakan dadah akhir bulan lalu.

Tertuduh, Norazmi Mohd Rashid, 40, Mohd Ruduan Yahya @ Yahaya, 43, Salehudin Idres, 43, dan Mohamad Safiq Basman, 24, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus pertuduhan dibaca secara berasingan di hadapan Majistret Suhaila Shafi’uddin.

Mengikut pertuduhan, mereka didapati menggunakan dadah jenis amphetamin, methdylenedioxy, amphetamine dan methdylenedioxymethamphetamine di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Paha antara pukul 6.40 hingga 7 pagi, 28 April lalu.

Pendakwaan dikemukan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang boleh dikenakan denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika sabit kesalahan.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farah Wahida Mohd Sharip manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Azlan Shah Mohd Allias dan Naziha Abdul Rahim.

Pihak pendakwaan memohon setiap tertuduh dikenakan jaminan sebabyak RM10,000 bagi setiap tertuduh namun peguam bela merayu agar dikurangkan kepada RM2,000 hingga RM2,500 berdasarkan kepada gaji, tanggungan dan komitmen yang ditanggung anak guamnya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan wang ikat jamin sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin bagi setiap tertuduh.

Kes akan disebut semula bagi serahan dokumen dan pengurusan kes pada 26 Jun depan. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... -salah-ambil-dadah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 06:53 PM GMT+8 , Processed in 0.056183 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list