CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18279|Reply: 0

[Pulau Pinang] Insiden hon ketika pengebumian: Kertas siasatan lengkap

[Copy link]
Post time 7-5-2024 01:02 AM | Show all posts |Read mode
Insiden hon ketika pengebumian: Kertas siasatan lengkap



06 Mei 2024 11:34pm








Laporan Sinar Harian pada 25 April lalu.




GEORGE TOWN - Polis telah melengkapkan kertas siasatan berhubung kejadian kekecohan ketika upacara pengebumian Allahyarham Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong pada 24 April, seperti yang tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid berkata, kertas siasatan kes itu dihantar ke Bahagian Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri untuk penilaian sebelum tindakan lanjut dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat).



"Siasatan kes itu dah selesai dan sehingga semalam kita terima satu laporan polis dari pemandu kereta yang merupakan lelaki tempatan berusia 46 tahun dan lima lagi laporan polis dari orang awam berhubung kejadian tersebut.

"Kita telah serahkan kertas siasatan kes itu kepada Bahagian Perundangan (JSJ Pulau Pinang) dan seterusnya kita tunggu tindakan selanjutnya (sama ada pendakwaan di bawah seksyen berapa),” katanya ketika ditemui selepas Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Pulau Pinang di sini malam ini.



Majlis sambutan tersebut yang turut dihadiri Yang Dipertua Negeri, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak dan isteri, Toh Puan Khadijah Mohd Noor itu, dimeriahkan dengan lebih 1,000 pegawai dan angota polis termasuk Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad dan Timbalannya, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin.

Satu rakaman video tular pada 24 April memaparkan kereta yang dipandu oleh seorang lelaki dilihat dikerumuni orang ramai, selepas didakwa membunyikan hon hingga berlaku kekecohan ketika upacara pengebumian Muhammad Firdaus berlangsung.

Susulan itu, polis mengesahkan menerima laporan daripada pemandu tersebut yang mendakwa keretanya telah dilanggar oleh motosikal ketika berada di jalan raya berhadapan masjid itu kira-kira 7.45 malam.

Muhammad Firdaus, 44, merupakan antara 10 tentera yang maut dalam tragedi nahas dua helikopter di Pangkalan Tentera Laut TLDM di Lumut, Perak pada 23 April. - Bernama




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 06:15 AM GMT+8 , Processed in 0.037910 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list