CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6212|Reply: 0

[Johor] Pemetik kelapa mengaku pukul ibu, acu parang kakak kandung

[Copy link]
Post time 5-5-2024 01:12 PM | Show all posts |Read mode

Navindran dipenjara sembilan bulan selepas mengaku pukul ibu dan acu parang terhadap adik kandung. - Foto NSTP/Alias Abd Rani

MUAR: Pemetik buah kelapa dipenjara sembilan bulan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memukul ibu kerana enggan memberi wang serta mengacu parang terhadap kakak kandungnya, Mac lalu.

Tertuduh, Navindran Subramanian, 36, yang berhadapan dua pertuduhan, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibaca jurubahasa di hadapan Majistret Fatin Dalilah Khalid.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa mendatangkan kecederaan terhadap ibunya berusia 66 tahun dengan menggunakan tangan menyebabkan warga emas itu cedera di kepala, dada dan juga tangan di sebuah rumah di Sungai Abong, di sini pada jam 2 petang, 17 Mac lalu.

Bagi kesalahan ini, dia didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sakit kesalahan.


Pertuduhan kedua pula, dia didakwa mengacu parang terhadap kakak kandung dengan semua kejadian, masa dan tarikh berlaku di tempat sama.

Untuk kes ini, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 352 kanun sama, dan boleh dipenjara tidak melebihi tiga bulan atau denda RM1,000 atau kedua-duanya.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh pulang ke rumah dalam keadaan mabuk lalu meminta wang daripada ibunya.

Namun, wanita itu enggan memenuhi permintaan menyebabkan tertuduh mengamuk lalu memukul ibunya.

Kakaknya yang berada di rumah cuba membantu meleraikan pergaduhan itu, namun tertuduh masuk ke dalam bilik, mengambil parang lalu mengacu parang.

Laporan polis kemudian dibuat dan tertuduh berjaya ditahan di rumahnya pada jam 4.45 petang hari sama.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala tertuduh diwakili Nor Hafizah Abdullah daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK).

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan bagi pertuduhan pertama dan tiga bulan, pertuduhan kedua.

Pada masa sama, mahkamah memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak bermula daripada tertuduh ditahan, 17 Mac lalu.
https://www.bharian.com.my/berit ... arang-kakak-kandung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 07:52 PM GMT+8 , Processed in 0.221080 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list