CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4082|Reply: 0

[Jenayah] Video tular: 28 ditahan merusuh dengan senjata di Butterworth

[Copy link]
Post time 4-5-2024 04:56 PM | Show all posts |Read mode
Tangkap layar kejadian sekumpulan lelaki bersenjatakan parang merusuh dengan merosakkan sebuah kenderaan di hadapan sebuah premis di Jalan Raja Uda, Butterworth.





BUTTERWORTH: Polis menahan 28 lelaki warga tempatan dipercayai terbabit kejadian merusuh bersenjatakan parang di Jalan Raja Uda, di sini dengan insiden itu turut tular di media sosial, semalam.

Semua suspek berusia lingkungan 17 hingga 51 tahun ditahan dalam serbuan polis di beberapa lokasi sekitar daerah ini hari ini selepas menerima maklumat berhubung kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie, berkata polis siasatan awal mendapati punca kejadian disebabkan pertengkaran dan provokasi sesama mereka.

"Oleh itu, polis mengesan semua yang terbabit dan menahan 28 lelaki yang kemudian direman untuk tindakan lanjut.

"Polis turut merampas barang kes digunakan suspek dalam kejadian itu," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Asri berkata, usaha mengesan baki suspek lain giat dijalankan.

Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta berhubung dengan pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Nasrina Darus di talian 04-5762222 atau mana-mana balai polis terdekat untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh menggunakan senjata.

Terdahulu tular video pendek berdurasi empat saat di media sosial memaparkan sekumpulan lelaki bersenjatakan parang merusuh dengan merosakkan sebuah kenderaan di hadapan sebuah premis dekat sini.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.056757 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list