CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23164|Reply: 0

Silva bakal tinggalkan Chelsea akhir musim ini

[Copy link]
Post time 1-5-2024 10:00 PM | Show all posts |Read mode


SILVA

LONDON: Pemain pertahanan veteran dari Brazil, Thiago Silva, akan meninggalkan kelab Chelsea pada akhir musim ini selepas satu empat tahun ‘impian’ di Stamford Bridge.

Silva mengumumkan pemergiannya pada Isnin dalam satu pesanan video penuh emosi di laman sesawang rasmi Chelsea.

Pemain pertahanan tengah berusia 39 tahun itu tiba di Chelsea tanpa yuran perpindahan pada Ogos 2020 selepas meninggalkan kelab Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain (PSG).

Dia melakukan 151 penampilan dalam semua pertandingan bersama Chelsea, memenangi Liga Juara-Juara, Piala Kelab Dunia dan Piala Super UEFA.

“Chelsea sangat bermakna bagi saya. Saya datang ke sini dengan hasrat untuk hanya bermain satu tahun dan ia berakhir dengan empat tahun. Bukan hanya bagi saya tetapi keluarga saya juga,” kata Silva dalam ucapan selamat jalan penuh emosi.

“Anak lelaki saya bermain untuk Chelsea, jadi ia satu sumber kebanggaan untuk menjadi sebahagian keluarga Chelsea. Saya berharap mereka boleh meneruskan karier mereka di kelab hebat ini di mana ramai kelab mahu menjadi sebahagian daripada mereka.

“Saya fikir dalam segala-gala yang saya lakukan di sini sepanjang empat tahun, saya sentiasa memberikan segala-galanya. Tetapi malangnya, semuanya mempunyai satu permulaan, pertengahan dan pengakhiran.”

Silva sangat popular di kalangan penyokong Chelsea selepas membuat impak segera dalam kempen ketika muncul juara Liga Juara-Juara pada musim 2020/2021, dengan kemuncak kemenangan ke atas Manchester City dalam final yang berlangsung di final.

Perasaan itu juga sama ketika Silva memuji penyokong kelab dan mendedahkan hasratnya untuk kembali ke Chelsea dalam tugasan berbeza di masa hadapan.
“Ia adalah rasa sayang yang tidak dapat digambarkan. Saya hanya boleh berkata terima kasih,” katanya.

“Sememangnya satu impian. Tidak pernah dalam impian tertinggi saya di mana saya bayangkan saya boleh mencapai kejayaan hebat seperti di sini, dan memenangi salah satu kejuaraan profesional terbaik - Liga Juara-Juara - di salah sebuah kelab terbesar di dunia.

“Selamat jalan kepada mereka yang pergi dan tidak kembali. Saya berhasrat untuk kembali lagi suatu hari nanti. Saya berharap untuk terus membuka pintu supaya di masa hadapan saya boleh kembali, walaupun dengan tugasan lain di sini.”

Beraksi 113 kali bersama skuad kebangsaan Brazil, Silva hanya membuat 34 penampilan dalam semua pertandingan bersama kelab musim ini.

Tetapi bekas pemain kelab AC Milan itu mengalami kecederaan ketika seri 2-2 dengan Aston Villa Sabtu lepas, menimbulkan kemungkinan dia sudah membuat penampilan terakhir bersama kelab.

Skuad bimbingan Mauricio Pochettino itu mempunyai baki lima perlawanan liga musim ini ketika mereka cuba untuk menyelamatkan musim hambar dengan memburu kelayakan ke bola sepak Eropah musim hadapan.

Chelsea, yang berada di tangga kesembilan liga, tewas kepada Manchester City di peringkat separuh akhir Piala FA Inggeris dan tewas di final Piala Liga Inggeris kepada Liverpool pada bulan Februari. — AFP


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 196479 Replies : 4551
Point Kumpul Tachang
evatasoPoint Kumpul Tachang
Views : 30408 Replies : 183
TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN METHOD?
adila39TREND MARKETING OR STICK TO EVERGREEN ME
Views : 2665 Replies : 15
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 7013 Replies : 49
Expectation vs Reality
Lavender85Expectation vs Reality
Views : 7803 Replies : 56
Guru lolipop pelajar sedang tidur didakwa.Apakah yang telah berlaku?
YgBenarGuru lolipop pelajar sedang tidur didakw
Views : 7259 Replies : 27
Ramai yg jawab 100. Tapi sebenarnya salah.
chaconRamai yg jawab 100. Tapi sebenarnya sala
Views : 7461 Replies : 39
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103984 Replies : 2888
Kereta manual VS kereta automatik,
fahdramliKereta manual VS kereta automatik,
Views : 92757 Replies : 166
Siapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
KurexSiapa Pernah Jadi PM, Angkat Tangan
Views : 16474 Replies : 50

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-6-2024 10:53 PM GMT+8 , Processed in 0.272942 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list