View: 8645|Reply: 0
|
Man City juara, Luton, Burnley tersingkir - BETSiE
[Copy link]
|
|
Arsenal kendalian Mikel Arteta (kiri) diramalkan akan dipintas Manchester City kendalian Pep Guardiola untuk kejuaraan Liga Perdana Inggeris musim ini. - Foto REUTERS
LONDON: Komputer super meramalkan kedudukan terakhir Liga Perdana Inggeris musim ini selepas kemenangan Arsenal di Spurs.
The Gunners kekal di tangga teratas dengan kelebihan satu mata ke atas Manchester City selepas kemenangan 3-2 di Stadium Tottenham Hotspur.
Bagaimanapun skuad kendalian Mikel Arteta dijangka sekali lagi terlepas peluang untuk meraih gelaran liga pertama selepas 20 tahun kerana juara bertahan, Manchester City yang bermain kurang satu perlawanan, menjadi pilihan juara.
Komputer super, BETSiE membuat rumusan saingan berdasarkan data serta statistik perlawanan sepanjang musim dan Arsenal sekali lagi diramalkan menjadi naib juara.
Di tempat ketiga, Liverpool manakala Aston Villa mengisi tangga keempat dan terakhir untuk kelayakan ke Liga Juara-Juara Eropah.
Tottenham terpaksa berpuas hati di tempat kelima, diikuti Newcastle United di tangga keenam yang berjaya meminta Manchester United untuk slot ke Liga Europa.
Sekiranya menjadi kenyataan, United kendalian Erik ten Hag - atau penggantinya - akan bermain di Liga Konferens Eropah.
Malang juga buat Chelsea yang berada di tangga kelapan tanpa sebarang aksi Eropah musim depan.
Di zon penyingkiran, Nottingham Forest diramalkan selamat dengan Luton dan Burnley menemani Sheffield United ke Liga Kejuaraan musim depan. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... y-tersingkir-betsie |
|
|
|
|
|
|
| |
|