View: 7977|Reply: 0
|
Padah tendang alat sulit lawan, Rizky dibuang padang
[Copy link]
|
|
PENGADIL mengarahkan Rizky keluar padang ketika menentang Uzbekistan. FOTO AFP
Doha: Melucukan apabila tonggak pertahanan skuad bawah 23 (B-23) tahun Indonesia, Rizky Ridho dibuang padang kerana didakwa menendang alat sulit lawan ketika pasukannya tewas 0-2 dalam aksi separuh akhir Piala Asia B-23 di sini, malam semalam.
Insiden berlaku pada minit ke-84 ketika Indonesia ketinggalan 0-1. Rizky dalam usahanya mematahkan serangan balas Uzbekistan mengangkat tinggi kaki kanannya yang terkena celah paha Jasurbek Jaloliddinov mengakibatkan pemain terbabit rebah kesakitan.
Pengadil Shen Yinhao kemudiannya melayangkan kad merah kepada Rizky selepas menilai semula kekasaran menerusi VAR.
Ketiadaan Rizky menyukarkan lagi Indonesia untuk mencipta kebangkitan dan mereka dihukum dengan jaringan kedua Uzbekistan hasil kesilapan Pratama Arhan dua minit kemudian.
Namun kekalahan itu bukan penamat perjuangan Indonesia untuk layak ke Olimpik Paris apabila mereka perlu menewaskan Iraq pada penentuan tempat ketiga Khamis ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... izky-dibuang-padang |
|
|
|
|
|
|
| |
|