View: 7821|Reply: 0
|
Kelantan, Korea Selatan jalin kerjasama bola sepak
[Copy link]
|
|
ROZI (kanan) bertukar dokumen perjanjian dengan Jin Young di Pejabat Urusan Kelab di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu. FOTO KDN FC
Kota Bharu: Kelantan Darul Naim Football Club (KDN FC) terus serius mengembangkan bakat bola sepak negara apabila menjalin kerjasama dengan syarikat Korea Selatan, CHS Football Korea.
Kerjasama kedua pihak termeterai di Pejabat Urusan Kelab di Stadium Sultan Muhammad ke IV, Kota Bharu antara Presiden KDN FC, Rozi Muhamad dan pemilik CHS Football Korea,Son Jin Young.
Kerjasama membabitkan usaha pembangunan program bola sepak sehingga ke peringkat akar umbi.
"Antaranya membabitkan pertukaran pemain skuad bawah 20 dan 23 tahun, program pengembangan bakat muda sehingga ke Korea Selatan serta perkongsian dalam beberapa perkara termasuk latihan dan meningkatkan ilmu pihak kejurulatihan," kata Rozi dalam kenyataan kepada media hari ini.
Beliau berkata, kerjasama itu juga secara tidak langsung membuka peluang untuk skuad Kijang Emas memperkenalkan jenama kelab sehingga ke negara Pahlawan Taeguk itu.
CHS Football Korea adalah syarikat dari Korea Selatan yang memiliki kelab bola sepak bersaingan dalam K4 League iaitu FC Sejong.
Sementara itu, Jin Young berkata, dia gembira dengan jalinan kerjasama kedua kelab berkenaan dan yakin perjanjian itu mampu memberi manfaat kepada kedua pihak termasuk menaikkan mutu bola sepak kedua-dua negara.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erjasama-bola-sepak |
|
|
|
|
|
|
| |
|