CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 712|Reply: 0

[Sarawak] Nasib mangsa tanah runtuh di Kampung Pahlawan terbela

[Copy link]
Post time 25-4-2024 08:15 PM | Show all posts |Read mode


Dr Abdul Rahman (dua kiri), Ramlan dan Sulaiman melawat kediaman yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Pahlawan, Limbang petang semalam.

LIMBANG: Nasib mangsa tanah runtuh di Kampung Pahlawan terbela apabila Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Limbang dan agensi kerajaan berkaitan melakukan kerja pembersihan batu dan tanah runtuh yang menjejaskan kawasan garaj rumah penduduk terlibat.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, bagi langkah jangka panjang pula permohonan bagi peruntukan sebanyak RM100,000 akan dikemukakan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) untuk melakukan kerja pembaikan kekal.

Jelasnya, langkah itu dibuat bagi memastikan kejadian tanah runtuh di kawasan itu tidak berulang selepas anggaran kos dibuat Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Kami melalui JPBD Limbang, JKR dan pihak bomba menyiasat dan melakukan pembaikan dan hasil siasatan keadaan tanah sudah stabil dan tiada lagi pergerakan.

“Kami akan melakukan kerja-kerja pembaikan awal, pihak JKR akan membersihkan kawasan tersebut dan meletakkan kanvas supaya ia tidak akan runtuh lagi, ini adalah bantuan ataupun tindakan jangka pendek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada lawatan ke kediaman penduduk yang terjejas akibat kejadian tanah runtuh di Kampung Pahlawan di sini, petang semalam.

Turut hadir ialah Pegawai Daerah Limbang Sulaiman Engal, Jurutera JKR Bahagian Limbang Mahathir Jokeni dan Ketua Bomba Zon Tujuh Limbang Ramlan Marajan.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu, Pusat Khidmat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Kota turut membantu membaiki kerosakan sebahagian garaj yang juga menjadi kawasan letak kereta penduduk terjejas.

Beliau berkata lagi, pihak Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) turut diminta melakukan penilaian dan siasatan berhubung sistem perparitan di sesetengah kawasan penduduk di kampung itu yang turut menyumbang kepada kejadian tanah runtuh terutama ketika hujan lebat.

Bagi tujuan itu jelas Dr Abdul Rahman, projek perparitan melibatkan beberapa kediaman di kampung itu akan dimasukkan di bawah Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) untuk dilaksanakan pada tahun depan.

Isnin lepas, kediaman penduduk, Supiyan Nawi, 42, yang turut didiami lima penghuni, terjejas selepas kawasan garajnya rosak dihempap timbunan batu dalam kejadian tanah runtuh pada jam 8 malam.

Kejadian itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa dan hanya menyebabkan kerosakan sebahagian garaj terbabit.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 05:36 AM GMT+8 , Processed in 0.052972 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list