CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1563|Reply: 0

[Perlis] Ibu tunggal tanggung empat anak hasil upah cuci rumah

[Copy link]
Post time 25-4-2024 10:31 AM | Show all posts |Read mode

WAN KHAIRUNNISA (kanan) dan Ainina Qaisara melihat ubat yang dibekalkan hospital di Kampung Permatang Serdang, Arau, baru-baru ini.

ARAU – Seorang ibu tunggal terpaksa berhenti sebagai pekerja pembersihan di sebuah bank demi menjaga anaknya yang menghidap kanser Hodgkin Limfoma sejak tahun lalu.

Wan Khairunnisa Wan Abdul Halim, 38, berkata, buat masa ini dia menyara kehidupan bersama empat cahaya mata berusia tiga hingga 17 tahun dengan mengambil upah mencuci rumah serta pelbagai kerja rencam lain.

“Anak kedua saya, Ainina Qaisara Muhammmad Fitri, 14, yang lebih selesa dipanggil kak ngah mula dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di Kangar sekitar November 2022 sebelum disahkan menghidap kanser pada Mei tahun lalu selepas terdapat benjolan pada lehernya.

“Kak ngah kini pulang berehat di rumah setelah sekian lama menjalani pelbagai rawatan di Hospital Pulau Pinang,” katanya.

Menurutnya, dia tidak mempunyai pendapatan tetap dan sumber kewangan bergantung kepada sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarakat serta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis sebanyak RM1,050 sebulan.

“Saya tidak memiliki kereta, hanya ada sebuah motosikal yang ditinggalkan arwah suami. Kebanyakan sesi rawatan di HPP, kami dua beranak berulang-alik dengan kereta api serta membe­lanjakan kira-kira RM500 sebulan untuk kos pengangkutan serta makan minum.

“Sukar untuk diceritakan bagaimana menguruskan anak yang menghidap kanser dan pada masa sama terpaksa memikirkan keadaan anak-anak lain yang di­tinggalkan bersama ibu dan saudara lain di kampung,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Wan Khairunnisa memaklumkan, ketika ini Ainina Qaisara pulang ke kampung sebagai pesakit paliatif selepas pelbagai jenis rawatan termasuk siri kemoterapi dan rancangan pembedahan transplan juga gagal dilaksanakan susulan sel kanser itu terus merebak.

“Kak ngah memilih untuk pulang ke kampung sempena sambutan Aidilfitri dan kelihatan sangat ceria menyambut hari ­lebaran,” jelasnya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun bank 09010020941499 (Bank Islam Malaysia Berhad) milik Wan Khairunnisa atau menghubungi­nya di talian 017-434 2296.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... il-upah-cuci-rumah/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:09 PM GMT+8 , Processed in 0.041618 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list