CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9015|Reply: 0

[Perlis] Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis

[Copy link]
Post time 9-4-2024 04:45 PM | Show all posts |Read mode
Masyarakat digesa sentiasa beri sokongan kepada mualaf - Raja Muda Perlis

09 April 2024 04:17pm




Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail. Foto Bernama




KANGAR - Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah agar masyarakat sentiasa memberikan sokongan emosi kepada golongan mualaf.

Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah, aspek kesihatan mental saudara baharu itu harus diberikan perhatian supaya soal kesejahteraan kehidupan mereka sentiasa terpelihara.



"Semua pihak harus berlaku adil dan menghormati keputusan golongan saudara baharu yang telah memilih untuk berhijrah kepada Islam. Justeru, sokongan emosi perlu diberikan bagi mengelakkan isu tekanan yang akan menjejaskan kesihatan mental mereka," titah baginda dalam kenyataan pada Selasa.

Kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) itu memaklumkan Raja Muda Perlis bertitah demikian selepas berkenan berangkat menyampaikan sumbangan MAIPs bernilai RM55,800 kepada mualaf Perlis di Masjid Al A'la Behor Temak di sini, baru-baru ini.


Dalam kenyataan sama, MAIPs memaklumkan melalui Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs), badan itu sentiasa menyediakan sokongan untuk saudara baharu di negeri itu melalui pendekatan runding cara dan pelaksanaan program serta kelas pengajian dengan kerjasama pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).
"MAIPs turut menubuhkan Pusat Dakwah 'Perlis Centre of Wisdom' (PCW) yang bertindak melaksanakan pelbagai program dan aktiviti termasuk menyediakan platform penerangan agama secara dalam talian," menurut kenyataan itu.

Dalam pada itu, Tuanku Syed Faizuddin Putra menerusi kenyataan berasingan yang dikeluarkan Istana Arau bertitah supaya semua pihak mengamalkan pemakanan sihat semasa meraikan Aidilfitri.

"Amalkan pemakanan sihat sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kali ini agar kita dapat mengekalkan kesihatan yang dianugerahkan dan sihat itu milik kita semua," titah baginda. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 11:58 PM GMT+8 , Processed in 0.092418 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list