View: 7423|Reply: 0
|
[Kedah]
Hotel untuk kucing kian dapat sambutan
[Copy link]
|
|
Nur Hamzani di ANImal Kingdom Pet Store diusahakannya di Kuah. - NSTP/Hamzah Osman
LANGKAWI: Hotel khusus untuk kucing peliharaan semakin mendapat sambutan, malah permintaan bagi perkhidmatan itu makin memuncak sepanjang musim perayaan, khususnya Aidilfitri kali ini.
Tinjauan sekitar pulau peranginan ini mendapati kadar tempahan bilik penginapan kucing kesayangan mencecah 100 peratus bagi cuti musim perayaan sepanjang minggu ini, menyusuli keadaan sama ketika sambutan Tahun Baru Cina pada Febuari lalu.
Seorang daripada penyedia perkhidmatan itu, Nur Hamzani Hamzah, 38, mengakui perkembangan itu kerana pusat dandanan dan 'hotel kucing' diusahakannya turut menerima permintaan melebihi penawaran bagi tempoh seminggu sebelum dan selepas perayaan itu.
Katanya, sebanyak 60 sangkar dirujuk sebagai 'bilik' penginapan si bulus yang disediakan di ANImal Kingdom Pet Store (AKPS) diusahakannya di pekan Kuah, habis di tempah bagi tempoh 5 hingga 19 April sempena Aidilfitri.
"Aidilfitri kali ini, tempahan bilik penginapan kucing mencecah 100 peratus seperti ketika sambutan Tahun Baharu Cina lalu," katanya yang membuka AKPS empat tahun lalu dan antara terawal menjalankan perniagaan fokus kepada penjualan makanan haiwan peliharaan, hotel dan spa kucing.
Nur Hamzani yang juga bekas pengurus sebuah pusat tumpuan pelancong di pulau ini terpaksa mengambil tiga pekerja separuh masa sebagai tambahan kepada tiga pekerja sedia ada pada Aidilfitri kali ini.
"Pekerja separuh masa tambahan perlu bagi memastikan sangkar digunakan sebagai bilik penginapan kucing sentiasa bersih dan haiwan itu terhindar sebarang penyakit berjangkit. Menguruskan hotel kucing tidak semudah disangka kerana perlu komitmen.
"Haiwan perlu dijaga dengan baik, keselamatan harus dijamin dan makanan perlu dipastikan mencukupi," katanya yang mengeluarkan modal RM50,000 untuk menyediakan segala keperluan ketika memulakan perniagaan itu empat tahun lalu.
Ibu dua anak berusia 11 hingga 14 tahun yang bercita-cita mengembangkan perniagaan di pulau ini dan di tanah besar, AKPS semakin mendapat sambutan menggalakkan termasuk daripada pelanggan luar Langkawi yang bercuti di pulau ini.
"Paling lama pemilik kucing meninggalkan kucing peliharaan mereka selama sebulan ketika menunaikan umrah. Bagi saya, perkara lebih menggembirakan adalah apabila pemilik kucing berpuas hati dengan perkhidmatan diberikan dan mula menjadi pelanggan tetap AKPS," katanya.
https://www.bharian.com.my/berit ... -kian-dapat-sambuta |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|