CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5557|Reply: 0

[Perak] Lelaki Orang Asli cedera diserang harimau belang

[Copy link]
Post time 4-4-2024 11:18 AM | Show all posts |Read mode

KECEDERAAN dialami mangsa serangan harimau belang di kawasan hutan di Sungai Kenarong, Taman Negeri Royal Belum, Gerik semalam.

GERIK – Seorang penduduk Orang Asli cedera diserang harimau belang dalam kejadian di kawasan hutan di Sungai Kenarong, Taman Negeri Royal Belum di sini semalam.

Kejadian sekitar pukul 5.30 petang itu berlaku ketika lelaki berusia 52 tahun bersama tiga rakan sedang mencari hasil hutan di kawasan berkenaan.

Akibat serangan itu, mangsa cedera dicakar di bahagian muka dan beberapa anggota badan lain namun kecederaan dialaminya dilaporkan tidak serius.

Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Yusoff Shariff berkata, mangsa dari Kampung Orang Asli Sungai Tiang telah pergi ke kawasan hutan Sungai Kenarong dengan menaiki bot.

Katanya, ketika berjalan seorang diri memasuki hutan untuk menyumpit tupai, mangsa telah diserang harimau belang dari arah kanan.

“Selepas menyerang mangsa, haiwan liar itu terus melarikan diri. Mangsa yang cedera segera bergerak ke tasik dan menaiki bot bersama tiga rakannya untuk pulang.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Gerik oleh tok batin bagi mendapatkan rawatan namun dipindahkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh untuk rawatan susulan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan mendapati tiada penempatan Orang Asli di lokasi kejadian dan merupakan habitat utama untuk spesis harimau belang di Taman Negeri Royal Belum.

“Kita telah minta waris mangsa untuk membuat laporan polis berkaitan serangan tersebut manakala di pihak Perhilitan pula, mangsa akan dibantu melalui permohonan Tabung Mangsa Serangan Binatang Buas,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... ang-harimau-belang/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 0.495551 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list